web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Karya ‘Langkah Sheraton’ Dijual Pada Harga RM1.3 Juta

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Sep 2022 2:17PM

Tony Pua - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jualan karya ‘Langkah Sheraton’ dihasilkan Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua meraih RM1.3 juta yang akan digunakan sebagai dana bagi kempen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Tony memaklumkan, jualan itu membabitkan sebanyak 8,888 unit salinan digital.

Menurutnya, semua aset Non-Fungible Token (NFT) untuk lukisan itu ditempah atau terjual hanya dalam tempoh 28 jam selepas ia dilancarkan pada 31 Ogos lalu, sempena sambutan Hari Kemerdekaan.

“Aset NFT itu dibuka untuk didagangkan di platform ‘Opensea’ dan DAP akan terus menerima royalti untuk setiap transaksi,” katanya menerusi kenyataan.

Tony memulakan karya itu yang memaparkan 15 personaliti politik ketika perintah kawalan pergerakan (PKP) pada tahun 2020 dan selepas ‘Langkah Sheraton’ yang membawa kepada kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Lukisan berukuran 121cm x 152cm itu dihasilkan di atas kanvas dan selepas siap, ia dipamerkan di Theatre Impian, Bukit Jalil pada tahun lalu.  

Pada 1 Ogos lalu pula, Ahli Parlimen DAP itu mengumumkan beliau memilih untuk menjual karyanya dalam bentuk NFT agar ia boleh dimiliki bersama secara bermakna oleh rakyat Malaysia.

Terdahulu, Tony Phia dilaporkan berkata, kebiasaannya jualan lukisan dibuat menerusi bidaan.  

“Mungkin seorang taukeh akan belinya pada harga beberapa ribu ringgit dan biasanya ia akan disimpan di bilik simpanan atau galeri peribadi pengumpul.

“Manakala tiada galeri milik kerajaan yang akan mendapatkan karya kontroversi atau ‘sensitif’ seumpama ini, walaupun penting dari aspek sejarah,” katanya - Getaran, 3 September 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 7 bulan yang lalu

Tak Perlu Siasat Tony Pua, Biarkan Luncai Terjun Dengan Labu-Labunya - Aktivis

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Hina Agong: Tony Pua Beri Keterangan Esok - KPN

3

Semasa 8 bulan yang lalu

Mahkamah Benarkan Rayuan MIA, Kembalikan Aduan Tony Pua Terhadap Juruaudit 1MDB

4

Politik 1 tahun yang lalu

Jangan Layan Kenyataan Bertentangan Pendirian Rasmi Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 4 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 4 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 2 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah