web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Hanya UMNO Tahu Apa Kerosakan Dibuat Tun M

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Sep 2022 5:41PM

Tun Dr Mahathir Mohamad - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyifatkan pemenjaraan Datuk Seri Najib Razak tidak akan ‘mencuci’ parti terbesar orang Melayu itu, hanya berlandaskan dendam dan kebencian terhadap mantan Perdana Menteri berkenaan.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah memberi amaran kepada Ahli Parlimen Langkawi itu agar jangan terleka kerana hanya parti terbabit mampu mendedahkan segala kerosakan dilakukannya terhadap negara.

Menurut beliau, Mahathir perlu beringat kerana rakyat mengetahui apa dilakukan beliau selama menjadi Perdana Menteri.

“Apa yang tidak beliau lakukan. (Selama) 22 tahun sebagai Perdana Menteri. Kaya raya kroninya. Anak-anaknya juga senang lenang. Hanya UMNO yang boleh mendedahkan kerosakan beliau lakukan kepada Malaysia. 

“Kerana itu beliau mahu hancurkan UMNO. Supaya dengan kehancuran UMNO, segala keburukan beliau akan tenggelam.

“Oleh itu, Tun...usah ingat rakyat tidak tahu semua ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

 

SIKAP DENDAM & BENCI Telah menjadi darah daging Tun Mahathir Dendam dan tahap kebenciannya terhadap UMNO menebal dalam...

Posted by Shamsul Anuar Nasarah on Tuesday, September 6, 2022

Terdahulu, Dr Mahathir mendakwa pucuk pimpinan UMNO kini terkenal di seluruh negara kerana terbabit dengan rasuah, selain parti itu terpalit kes kecurian berbilion ringgit wang negara, salah guna kuasa, merosakkan pentadbiran kerajaan serta menghancurkan parti itu sendiri.

Justeru, sebagai mantan Presiden UMNO, beliau menyeru supaya UMNO ditolak sepenuhnya.

Dr Mahathir turut menyelar tindakan barisan kepimpinan dan ahli UMNO yang menuduh pemenjaraan Najib adalah dianiaya serta kononnya mahkamah berlaku tidak adil terhadap beliau.

Yang sebenarnya tidak adil, tegas Dr Mahathir adalah tindakan Najib yang cuba menutup salah laku, termasuk memecat individu cuba menjalankan siasatan.

Beliau memberi contoh, antara individu dipecat pada zaman Najib mentadbir Putrajaya adalah Tan Sri Abdul Gani Patail yang ketika itu memegang jawatan sebagai Peguam Negara, lalu digantikan dengan pilihan Najib.

Ia termasuk mengarahkan pihak polis untuk memberkas siapa sahaja yang melapor atau mengkritik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Najib secara terbuka.

Dalam pada itu, Shamsul Anuar berkata, Ahli Parlimen Langkawi berkenaan ketika ini, hanya mahu mewujudkan persepsi negatif terhadap UMNO, seolah-olah parti terbabit langsung tidak berjasa kepadanya.

Menurut beliau, Mahathir sudah terlalu lama berdendam sehingga kebencian itu umpama menjadi ‘darah daging’ pemimpin tersebut.

“Dendam dan tahap kebencian beliau terhadap UMNO menebal dalam dirinya. Bencinya pada Najib hanya Allah yang tahu.

“UMNO dilabel dengan pelbagai gelaran buruk olehnya. Parti dibenci dan dituduh dengan pelbagai gelaran inilah juga memberikan kedudukan kepadanya sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun,” katanya. – Getaran, 7 September 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

2

Politik 3 bulan yang lalu

Kesepakatan BN, PH Bolehkan Jentera Parti PRK Sungai Bakap Berjalan Lancar

3

Politik 5 bulan yang lalu

Zahid harap MCA Berubah Hati, Bantu Kempen PRK Kuala Kubu Bharu

4

Politik 6 bulan yang lalu

BN Hormati Kerusi DUN Milik Rakan Dalam Kerajaan Perpaduan, Sokong Bakal Calon

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'