web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jangan Pengecut! Dedah Nama Pemimpin UMNO Buat Rundingan Sulit Dengan PAS

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Sep 2022 1:01PM

Nur Jazlan mencabar PAS agar mendedahkan nama pemimpin parti itu yang terlibat dalam rundingan sulit kerjasama dengan PAS menjelang PRU15. - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR- Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed mencabar PAS agar mendedahkan nama pemimpin parti itu yang terlibat dalam rundingan tidak rasmi bagi membincangkan kerjasama dengan PAS menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Menurut beliau, jika pendedahan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta Setiausahanya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan itu betul, pemimpin terbabit perlu memberikan fakta dan bukan hanya dakwaan disebabkan ia dilakukan tanpa pengetahuan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Siapakah pemimpin UMNO yang mereka runding itu? Takkanlah setakat level ketua cawangan saja yang boleh mempengaruhi kepimpinan UMNO. Nampak sangat Hadi reka cerita untuk cari modal dan publisiti PRU15.

"Jadi saya nak pesan kepada Hadi janganlah reka cerita dan buat fitnah kepada pemimpin UMNO. Buat apa nak adakan cerita palsu semata-mata nak raih keuntungan politik,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, Nur Jazlan turut menempelak Takiyuddin yang juga Menteri Tenaga dan Sumber Asli agar jangan terus menjadi peguam ‘loyar buruk’ dan pengecut untuk mendedahkan identiti pemimpin UMNO terlibat sekiranya wujud rundingan membabitkan pemimpin kedua-dua parti.

“Kamu pernah jadi penyedia draf Perjanjian Politik Sulit sebelum ini dan kamu hanya mengaku bila nama kamu dipetik, sampai Hadi sendiri pun kamu tipu,” katanya.

Terdahulu, Abdul Hadi mengesahkan rundingan dengan UMNO masih berjalan walaupun pemimpin tertinggi parti itu sudah beberapa kali menegaskan tiada kerjasama dengan PAS.

Bagaimanapun, beliau menegaskan rundingan tersebut tidak melibatkan kepimpinan utama dan Ahmad Zahid.

Takiyuddin juga mengesahkan PAS ada rundingan tidak rasmi antara parti itu dan pemimpin UMNO tertentu bagi membincangkan kerjasama menjelang PRU15.

Beliau berkata, pemimpin UMNO terbabit mempunyai jawatan dan kedudukan serta boleh mengesahkan perkara dibincang kedua-dua parti.

Mengulas lanjut, Nur Jazlan berkata, parti tersebut mengetahui beberapa nama pemimpin berpengaruh itu dari partinya namun mereka tidak berjawatan di peringkat Majlis Kerja Tertinggi UMNO (MT).

Tegas beliau, ini disebabkan kepimpinan tertinggi parti itu bersetuju menolak Muafakat Nasional (MN) ketika Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) dan Mesyuarat Luar Biasa (EGM) UMNO, baru-baru ini

“Malah, hampir semua juga hadir sewaktu majlis taklimat presiden dua minggu lepas. Saya terkejut bagaimana rundingan besar seumpama itu tidak melibatkan orang nombor satu dalam UMNO dan lebih hairan lagi bagaimana ia dibuat di luar pengetahuan parti.

"Saya sebagai salah seorang ketua bahagian dan timbalan pengerusi UMNO Johor pun tak dapat maklumat atau dimaklumkan oleh parti mengenai adanya rundingan berkaitan MN dengan PAS,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya percaya majoriti pemimpin dan ahli akar umbi UMNO tidak mempunyai maklumat berkenaan rundingan tersebut kerana berpegang kepada keputusan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) serta ketetapan parti memutuskan kerjasama dalam Perikatan Nasional (PN).

"Itu keputusan parti dan bukannya keputusan Zahid seorang seperti didakwa Hadi. Semua orang tahu. Pintu MN sudah tertutup dan UMNO juga sudah move on untuk bergerak solo pada PRU-15 nanti,” katanya.

Mengulas dakwaan Abdul Hadi bahawa kenyataan Ahmad Zahid penamat kerjasama MN bukan pendirian parti tapi hanya cakap Presiden UMNO, Nur Jazlan menegaskan apa yang diputuskan beliau adalah kenyataan rasmi yang bersandarkan kepada keputusan kepimpinan tertinggi ataupun suara akar umbi.

"Jadi boleh Presiden UMNO kata tiada lagi MN, maknanya dia bercakap berasaskan kepada keputusan parti yang dibuat secara demokrasi.

“Akar umbi UMNO sudah tiga kali naik turun Kuala Lumpur untuk meluluskan AGM dan EGM pasal tolak PAS ini,” katanya. - Getaran, 8 September 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

2

Politik 3 bulan yang lalu

Pengundi Sungai Bakap Belum Pasti Mahu Undi Parti Mana

3

Politik 5 bulan yang lalu

Zahid harap MCA Berubah Hati, Bantu Kempen PRK Kuala Kubu Bharu

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Pesta Songkran: ‘Dulu Haram, Sekarang Halal Pulak?’ - Netizen

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 16 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'