web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jaminan Media Bebas Hanya Indah Khabar Dari Rupa - PH

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Sep 2022 5:57PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jaminan kebebasan media yang disuarakan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam, secara realitinya hanya indah khabar dari rupa.

Pakatan Harapan (PH) menerusi kenyataan bersama Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil; Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Samad; Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Teo Nie Ching dan Ketua Penerangan Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Joisin Romut berkata, media memainkan peranan yang amat penting, khususnya dalam menyemak imbang dan menjamin ketelusan urus tadbir termasuk aspek ekonomi.

“Semalam, Ismail Sabri telah dilapor memberi jaminan kebebasan akhbar. Walaupun ia diterima baik, namun realitinya hanya indah khabar dari rupa.

“Jaminan Perdana Menteri ini perlu dizahirkan bukan sahaja di bibir, tetapi melalui tindakan yang selari bagi membuktikan kebenarannya,” katanya, hari ini.

Beberapa hari lalu, dunia media Malaysia dikejutkan dengan perubahan kepimpinan editorial New Straits Times (NST), melibatkan jawatan Pengarang Kumpulan yang sebelum ini disandang Ahmad Lokman Mansor.

Beliau digantikan oleh Farrah Naz Karim, berkuat kuasa hari ini.

Menurut sumber dalaman, keputusan tersebut dibuat selepas campur tangan beberapa orang kuat UMNO, antaranya mantan Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Menurut sumber, pertukaran berkenaan memiliki kaitan dengan kegagalan NST menunaikan ‘hasrat’ delegasi UMNO pada perhimpunan khas baru-baru ini, yang antara lain mendesak bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diberi pengampunan Diraja selepas disabitkan bersalah oleh mahkamah.

Turut menjadi bualan ialah pendakwaan ke atas bekas Ketua Pengarang The Edge Communications Sdn  Bhd pada 13 September lalu, Ahmad Azam Mohd Aris, 61 atas pertuduhan memfitnah seorang individu bergelar ‘Datuk’ dan empat syarikat menerusi penyiaran dua artikel dalam The Edge Malaysia.

Ahmad Azam didakwa bersama-sama seorang lagi yang masih bebas, memfitnah Datuk Kua Khai Shyuan, 38, dan Syarikat DGB Asia Berhad dengan menyiarkan satu artikel dalam The Edge Malaysia Bilangan 1337 bertarikh 21 hingga 27 September 2020, yang mana tuduhan terbabit merosakkan reputasi individu itu dan syarikat berkenaan.

Dia juga dituduh bersama-sama seorang lagi yang masih bebas, memfitnah Khai Shyuan dan syarikat DGB Asia, Trive Property Group Berhad, Metronic Global Berhad dan MNC Wireless Berhad, dengan menyiarkan satu artikel dalam The Edge Malaysia Bilangan 1365 bertarikh 12 hingga 18 April 2021, yang mana tuduhan terbabit akan merosakkan reputasi individu itu dan keempat-empat syarikat berkenaan.

Mengulas lanjut, keempat-empat pemimpin PH itu berkata, campur tangan politik dalam organisasi media amat dikesali kerana boleh mewujudkan persepsi negatif di kalangan rakyat.

Mereka berkata, PH komited dengan pendirian bahawa parti politik tidak patut mencampuri urusan media, seperti yang disaksikan pelbagai pihak ketika ini.

“Ia adalah petanda tidak baik terhadap kebebasan pelaporan serta agenda organisasi media tersebut.

“Kami juga kesal dengan tindakan mendakwa dua pengamal media dari akhbar The Edge di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan iaitu jenayah fitnah.

“PH menuntut kerajaan untuk menarik balik dakwaan jenayah ini, dan jika pihak yang terkesan mempunyai keinginan memfailkan saman sivil tersebut, mereka diminta berbuat demikian,” katanya. - Getaran, 15 September 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

2

Politik 5 bulan yang lalu

Zahid harap MCA Berubah Hati, Bantu Kempen PRK Kuala Kubu Bharu

3

Politik 6 bulan yang lalu

BN Hormati Kerusi DUN Milik Rakan Dalam Kerajaan Perpaduan, Sokong Bakal Calon

4

Semasa 7 bulan yang lalu

UMNO Tetap Dapatkan Pembelaan Untuk Najib, Harap PM Beri Kerjasama - Ahmad

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global