web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Edmund Santhara, Xavier Jayakumar Sertai PBM

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Oct 2022 7:08PM

Edmund Santhara Kumar dan Xavier Jayakumar telah menyertai PBM hari ini. - Gambar The Vibes

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM -  Ahli Parlimen Kuala Langat, Datuk Xavier Jayakumar dan Ahli Parlimen Segamat, Datuk Seri Edmund Santhara Kumar disahkan telah menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM) hari ini, kata Presiden parti, Datuk Zuraida Kamaruddin.

Keputusan tersebut menjadikan parti itu kini memiliki enam Ahli Parlimen.

Zuraida Kamaruddin - Gambar Syeda Imran
Zuraida Kamaruddin - Gambar Syeda Imran

Sementara itu, Zuraida mendedahkan, dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Negeri Sembilan akan menyertai PBM tidak lama lagi, selepas mendapat kelulusan parti.

Beliau berkata, parti itu sedang meneliti beberapa butiran, sebelum menerima secara rasmi penyertaan kedua-dua pemimpin berkenaan.

Ketika ditanya identiti dan parti semasa kedua-dua mereka, Zuraida enggan mengulas lanjut.

Negeri Sembilan yang diterajui kerajaan Pakatan Harapan (PH), mempunyai 36 anggota dewan.

Parti itu juga memiliki 20 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan majoriti tipis.

“Dua lagi ahli baharu (PBM) adalah ADUN dari Negeri Sembilan, namun parti masih melihat beberapa butiran kecil,” katanya.

Negeri Sembilan dan Selangor yang diterajui PH adalah negeri masih kekal milik parti itu selepas Langkah Sheraton pada 2020, menyaksikan tumbangnya kerajaan PH di peringkat Persekutuan.

Daripada 20 kerusi DUN PH di Negeri Sembilan, DAP memperoleh 11 kerusi, PKR (6) dan Parti Amanah Negara (AMANAH) (3).

Barisan Nasional (BN) pula memiliki 15 kerusi dipegang UMNO, manakala satu disandang MIC.

Dengan majoriti mudah 19 kerusi yang diperlukan, PH dijangka tumbang jika dua ADUN dari gabungan itu menyertai PBM.

Pada Ogos lalu, Pengerusi PH Negeri Sembilan yang juga Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, DUN mungkin tidak akan dibubarkan bersama-sama Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) – The Vibes, 1 Oktober 2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 17 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 9 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 17 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 9 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang