web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


UMNO Tiada Majoriti Untuk Desak Pembubaran Parlimen - Anwar

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Oct 2022 8:38PM

Keputusan untuk membubarkan Parlimen hanya terletak di tangan Perdana Menteri. - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SUBANG JAYA - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan UMNO bahawa keputusan untuk membubarkan Parlimen hanya terletak di tangan Perdana Menteri, malah parti itu tidak memiliki jumlah majoriti kerusi untuk mendesak Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan.

Beliau berkata, biarpun Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menganggotai parti itu, UMNO tiada hak untuk berbuat demikian kerana ia tidak mempunyai majoriti di Parlimen.

“Berapa bilangan Ahli Parlimen UMNO (di Parlimen)? (Hanya) 38. Dalam sistem kita, 38 Ahli Parlimen tidak boleh memaksa keputusan (mendesak pembubaran).

“Keputusan itu adalah hak istimewa Perdana Menteri, jika Perdana Menteri mempunyai kekuatan untuk bertindak secara rasional sebagai Perdana Menteri,” katanya.

Anwar berkata demikian kepada media selepas melancarkan buku terbaharunya bertajuk SCRIPT-For A Better Malaysia di sini, hari ini.

SCRIPT adalah singkatan untuk istilah ‘Sustainability (kelestarian), Care and Compassion (penjagaan dan empati), Respect (hormat), Innovation (inovasi), Prosperity (kemakmuran) and Trust (kepercayaan)’ yang diterbitkan badan pemikir Institut Darul Ehsan dan The Center for Postnormal Policy & Futures Studies.

Walaupun buku itu menyentuh soal pembaharuan Anwar untuk memperbaharui agendanya, beliau menegaskan, ia bukan manifesto baharu khusus untuk PH menjelang PRU-15.

Kelmarin, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan selepas menghadiri mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO berkata, Ismail Sabri akan mempersembahkan cadangan tarikh sesuai kepada Yang di-Pertuan Agong bagi pembubaran Parlimen bagi memberi laluan untuk PRU-15 diadakan pada tahun ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pontian berkata, ia selaras dengan keputusan parti itu untuk mengembalikan mandat kepada rakyat.

Ahmad juga berkata, semua jentera parti sudah diarah segera memuktamadkan persiapan masing-masing sebelum Parlimen dibubarkan.

Ditanya sama ada Pakatan Harapan (PH) akan menyokong Bajet 2023 yang dibentangkan pada 7 Oktober ini, Anwar berkata, pembangkang akan mempertimbangkan perkara itu, malah beliau sendiri akan membentangkan usulnya mengenai ekonomi dan isu sosial apabila Parlimen bersidang esok.

“Kami sedang meneliti perkara itu dan akan menekankan kepada tadbir urus dan rasuah serta projek meragukan.

“Saya akan membawa usul saya sendiri untuk membahaskan kos barangan dan sara hidup. Saya sudah menulis surat kepada Perdana Menteri dan saya akan membawa usul itu tidak kiralah sama ada beliau mahu membentangkannya.

“(Ia akan) mengenai kos sara hidup dan kejatuhan nilai ringgit yang menyebabkan kesusahan kepada rakyat,” katanya. - The Vibes, 2 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Anwar Ajak Orang Ramai Hadir, Hayati Pementasan Teater ‘Haji Murat’

2

Semasa 5 hari yang lalu

Malaysia, China Komited Pertingkat Kerjasama Demi Kepentingan Bersama

3

Semasa 6 hari yang lalu

Malaysia Lihat Hubungan Dengan China Menerusi Lensa Strategik Menyeluruh - PM

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Terbeban Peningkatan Kos, Operator Trak Tunda Rayu Diberi Subsidi Diesel

Sorotan

1

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

2

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

3

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

4

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

5

Kemenangan Saravanan Bukti Beliau Diperlukan Semua Ahli - Arvind

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Saham Prolintas Infra Jatuh Susulan Siasatan SPRM

oleh Wartawan The Malaysian Insight

Sukan 1 hari yang lalu

Azeem Tidak Terkilan Jika Tidak Dapat Beraksi Di Olimpik Paris 2024

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki ‘Kantoi’ Curang Mengaku Tak Bersalah Belasah Isteri

Sukan 9 jam yang lalu

Altimet Tawar Bantu Bayar Denda Selangor FC