web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PM Tiba Di Istana Negara Untuk Menghadap Agong

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Oct 2022 4:39PM

Ismail Sabri tiba di Istana Negara untuk mengadap Yang di-Pertuan Agong hari ini. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di Istana Negara untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Ketibaan beliau bersama konvoinya dikesan di pintu pagar utama istana pada jam 3.50 petang.

Keterujaan dapat dilihat di luar pintu utama Istana Negara di sini ketika pemerhati politik dan petugas media menunggu hasil pertemuan tersebut.

Ismail Sabri dijadual menghadap Agong pada jam 4 petang ini, di mana beliau dikatakan akan memohon perkenan untuk membubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) diadakan.

The Vibes difahamkan Ismail Sabri telah menghadiri mesyuarat dengan empat pemimpin tertinggi UMNO iaitu Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamad Hasan, Naib Presiden Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Ismail Sabri juga adalah Naib Presiden UMNO.

Butiran mesyuarat itu, yang kononnya diadakan di ibu pejabat parti di Menara Dato Onn di sini, tidak jelas, tetapi ia didakwa diadakan sebagai persiapan parti dalam menghadapi PRU-15.

Lebih 100 petugas media tempatan dan antarabangsa berkumpul di pintu pagar utama Istana Negara sejak tengah hari untuk membuat liputan berita mengenai perkara itu. 

Terdahulu, Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Affendi Buang dan pengiringnya tiba sebelum jam 3 petang untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah turut tiba pada masa yang sama.

Kedua-duanya meninggalkan Istana Negara sejurus selepas jam 3 petang.

Terdahulu, Ismail Sabri berkata ‘agenda tambahan’ termasuk berkaitan pembubaran Parlimen mungkin dibincangkan pada majlis menghadap Yang di-Pertuan Agong hari ini jika berkesempatan.

Beliau berkata kebiasaannya pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dilakukan setiap minggu, sehari sebelum mesyuarat Kabinet bagi membincangkan perihal berkaitan Kabinet.

Menurutnya, perbincangan itu mungkin mengambil masa yang panjang memandangkan banyak perkara yang akan diterangkan selain beliau menerima pesanan daripada Seri Paduka. - The Vibes, 6 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Pertabalan Sultan Ibrahim Hampir Lengkapkan Pusingan Kedua Penggiliran Yang Di-Pertuan Agong

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Istiadat Pertabalan Agong Jadi Tumpuan, Detik Bersejarah Setiap 5 Tahun

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Istana Negara Adakan Majlis Doa Selamat Sempena Istiadat Pertabalan Agong Ke-17

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Agong Kurnia 10 Ekor Lembu Untuk Ibadah Korban

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 17 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 17 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 9 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 9 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah