web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 2 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 2 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 6 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tiada Kenderaan PM, Pemimpin UMNO Keluar Masuk Di Kediaman Zahid

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Oct 2022 12:02AM

Kelibat kenderaan Perdana Menteri tidak kelihatan di kawasan perumahan presiden UMNO. - Gambar hiasan oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KAJANG - Tiada kelibat kenderaan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob serta pemimpin tertinggi UMNO keluar dan masuk di kawasan kediaman Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Country Heights, dekat sini, malam ini.

Ini berikutan timbul ura-ura mengatakan suatu mesyuarat akan berlangsung di sini bagi membincangkan hasil pertemuan Ismail Sabri yang menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, petang tadi.

Tinjauan Getaran sejak jam 9 malam tadi mendapati keadaan di perkarangan pintu utama memasuki kediaman Zahid kelihatan lengang dan sunyi.

Terdahulu, Ismail Sabri meninggalkan Istana Negara pada jam 4.45 petang selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Bagaimanapun Istana Negara menerusi satu kenyataan ringkas di Facebook memaklumkan pertemuan itu adalah satu aktiviti mingguan untuk bertukar pendapat dan berbincang mengenai isu berkaitan kerajaan.

“Yang di-Pertuan Agong berkenan menerima menghadap Perdana Menteri untuk mesyuarat Pra-Kabinet di Istana Negara, hari ini.

“Mesyuarat Pra-Kabinet adalah antara aktiviti mingguan atau rutin utama Seri Paduka Baginda untuk berbincang dan bertukar pendapat bersama Perdana Menteri berkenaan urusan dan isu berkaitan kerajaan,” katanya.

Mesyuarat mingguan itu mengambil masa kurang sejam, walaupun sebelum ini timbul spekulasi bahawa beliau kan memohon pembubaran Parlimen bagi membuka laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong menjadi tumpuan kerana ramai yang menjangkakan bahawa Perdana Menteri akan mempersembahkan tarikh pembubaran Parlimen.

Untuk rekod, penggal Parlimen semasa akan berakhir pada Julai 2023. - Getaran, 6 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

TPM Ziarah Jenazah Rozaid Abdul Rahman

2

Politik 3 bulan yang lalu

‘Tak Mungkin Ada Kerjasama Antara PAS Dan UMNO’ - Ahmad Zahid

3

Politik 4 bulan yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

4

Sukan 5 bulan yang lalu

E-Sukan Negara Terima Sokongan Kerajaan - Ahmad Zahid

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Banjir Sepanyol: Tiada Rakyat Malaysia Terjejas - Wisma Putra

Semasa 1 hari yang lalu

Pukul Pemandu E-Hailing OKU, Pengawal Pengiring VIP Didenda RM1,000

Semasa 1 hari yang lalu

Tekanan Berterusan Perlu Diberi Kepada Israel, Laksana Gencatan Senjata Dengan Segera - PM

oleh Sophia Ahmad