web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Spekulasi Pembubaran Parlimen, Jentera PH Johor Sentiasa Siap Siaga - Salahuddin

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Oct 2022 9:05AM

Salahuddin Ayub - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jentera pilihan raya Pakatan Harapan (PH) Johor akan sentiasa bersiap siaga dalam menghadapi sebarang kemungkinan, susulan desas-desus pembubaran Parlimen yang kembali hangat.

Pengerusinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, PH Johor bagaimanapun tidak dapat lari daripada berasa kecewa.

Menurut beliau, tumpuan penuh ketika ini seharusnya diberikan kepada aspek persediaan menghadapi musim tengkujuh, apatah lagi negara diramalkan berdepan banjir besar.

“PH Johor menzahirkan kekecewaan terhadap perkara ini memandangkan negara sedang berhadapan kebarangkalian musim tengkujuh yang boleh menyebabkan banjir di banyak lokasi termasuklah Johor. 

“Perkara ini telah pun diramalkan berdasarkan fakta, data dan sains menerusi kajian Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia),” katanya hari ini.

Beliau menyatakan demikian susulan khabar angin berhubung pembubaran parlimen yang kembali bertiup kencang, selepas laporan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menghadap Yang di-Pertuan Agong petang semalam. 

Turut senada ialah tiga Timbalan Pengerusi PH Johor, Aminolhuda Hassan, Syed Ibrahim Syed Noh dan Liew Chin Tong.

Salahuddin berkata, kesemua pemimpin PH Johor telah bermesyuarat lewat petang semalam yang dipengerusikan dirinya sendiri, dan mengambil maklum khabar angin tersebut.

“Menerusi mesyuarat, kami ambil maklum khabar angin atau spekulasi berkaitan pembubaran Parlimen yang sedang bertiup kencang.

“Mengulangi pendirian, PH Johor sekali lagi menegaskan bahawa keutamaan kita pada ketika ini ialah mempersiapkan diri bagi menghadapi kebarangkalian besar risiko banjir, bukan sibuk membincangkan soal kuasa dan pilihan raya.

“Meskipun begitu, Pakatan Harapan Johor akan tetap bersiap siaga sekiranya Parlimen dibubarkan bila-bila masa dari sekarang,” tegasnya.

Jelas beliau, kepimpinan segenap peringkat serta semua wakil rakyat PH Johor dalam bersiap sedia berdepan musim tengkujuh, akan tetap mempersiapkan jentera parti,” katanya.

Menurut laporan akhbar New Straits Times, Ismail Sabri hadir ke Istana Negara untuk mendapatkan perkenan Yang di-Pertuan Agong bagi membubarkan Parlimen sekaligus memberi laluan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) diadakan dalam masa terdekat.

Sumber itu memaklumkan, kehadiran Ismail Sabri ke Istana Negara tidak diketahui pengamal media yang kebanyakannya berkumpul di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini bagi membuat liputan sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan.

"Pembubaran Parlimen mungkin seawal esok (hari ini),” kata sumber. - Getaran, 10 Oktober 2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 21 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 13 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki