web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Keputusan Rais Keluar Parti Bukti BERSATU Tidak Lagi Relevan - Zahid

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Oct 2022 11:22AM

Dr Rais Hussin Mohamed Ariff mengumumkan keluar dari BERSATU berkuatkuasa serta merta pada 7 Oktober lalu. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengunduran Pengerusi Biro Strategi dan Dasar BERSATU, Datuk Dr Rais Hussin Mohamed Ariff tiga hari lalu adalah petanda bahawa parti tersebut tidak lagi relevan.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, jika benar BERSATU masih melakar masa depan yang cerah, Rais pasti akan tetap meneruskan perjuangan.

Menurut beliau, tindakan tersebut jelas boleh dibaca oleh pakar dan ahli strategis yang bijak menjangka situasi politik semasa.

“Apabila bekas Ahli Majlis Pimpinan Tinggi BERSATU tiba-tiba bertukar arah dan mengumumkan keluar dari parti, sudah pasti pakar dan ahli strategis yang pintar boleh membaca dan menjangka situasi politik semasa,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas tindakan Rais, yang mengumumkan keluar dari BERSATU berkuatkuasa serta merta, 7 Oktober lalu.

Menjadikan kesihatan sebagai faktor, Rais memberitahu, beliau tidak lagi aktif dalam parti sejak 2020 sebaik menjalani rawatan jantung dan lebih banyak memberi tumpuan kepada pembangunan EMIR Research, iaitu badan pemikir yang memfokus kepada cadangan dasar strategik.

Ahmad Zahid Hamidi
Ahmad Zahid Hamidi

Zahid berkata, keputusan Rais tersebut memberi petunjuk ketara ada sesuatu yang tidak kena sedang berlaku.

“BERSATU mempunyai jawatan strategik dalam kerajaan termasuk Kabinet dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC), namun pakar strategis tersebut tetap dapat membaca secara tajam.

“Jawatan Pengerusi Majlis Pemulihan Negara pun dilihat tidak ada impak terhadap negara dan parti,” katanya.

Jelas beliau, situasi berkenaan pastinya mudah dibaca oleh pakar strategi BERSATU.

“Ahli BERSATU biasa tidaklah ada kesedaran ini, melainkan terus hanyut dengan mimpi dan kepercayaan bahawa BERSATU boleh memang besar dan membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) ini.

“Seperti yang dikatakan oleh saya sebelum ini, ada juga yang telah melompat balik ke UMNO secara terbuka dan senyap-senyap. Ada juga yang mengaku telah kembali ke UMNO walaupun tak pernah diketahui UMNO bahagian. Ada juga yang mengaku kembali tetapi sikapnya tidak menunjukkan disiplin dan taat kepada parti. Sikap adu domba masih ada dan jika dibiarkan akan menjadi api dalam sekam,” tegasnya.

Beliau  berkata, tindakan Rais meninggalkan parti merupakan satu tamparan besar kepada BERSATU.

“Tentulah ada faktor yang besar yang menyebabkan beliau keluar dari parti ketika PRU15 semakin hampir.

“Satu perkara yang dapat ditafsirkan  ialah ketidakpercayaan kepada parti BERSATU sendiri  yang dilihat bakal  tewas dan tak boleh diselamatkan lagi akibat tindak tanduk pemimpin parti itu sendiri yang tidak merakyat, tidak mempunyai akar umbi yang kuasa, jentera yang lemah, kepimpinan hanya pentingkan jawatan dan kedudukan, dan tidak ada agenda perjuangan yang jelas,” katanya.

Tegas Zahid, BERSATU hanya menguntungkan segelintir pemimpin parti apabila berpeluang memegang jawatan dalam Kabinet sedangkan ahlinya yang sedikit terus terbiar.

“Percubaan BERSATU sejak kepimpinan (Tun Dr) Mahathir dan (Tan Sri) Muhiyiddin Yassin untuk menggantikan UMNO selepas pilihan raya jelas menemui kegagalan.

“Ahli UMNO  sejati walaupun pernah tewas PRU14, cuba diaibkan dengan pendakwaan terpilih, cuba diugut  dibubarkan, (tetapi) parti UMNO tetap tidak goyang,” katanya.  - Getaran, 10 Oktober 2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 13 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 21 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 14 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang