web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PN Bersedia Hadapi PRU-15, Miliki Tawaran Lebih Baik Untuk Rakyat - Muhyiddin

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Oct 2022 1:17PM

Muhyiddin Yassin - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perikatan Nasional (PN) sudah bersedia untuk berhadapan dengan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) walaupun tarikh sebenar pembubaran Parlimen masih menjadi persoalan.

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, PN sudah bersedia dengan tawaran baharu yang lebih baik untuk rakyat, selari prinsip gabungan itu yang sentiasa mengutamakan kepentingan mereka berbanding perkara lain.

Katanya, beliau optimis PN akan menjadi pilihan berbanding gabungan lain kerana mereka adalah kombinasi terbaik ketika ini.

“Pakatan Harapan terkenal kerana tidak menyempurnakan janji manakala UMNO dan Barisan Nasional (BN) pula sudah terpalit serta bergelumang dengan isu rasuah, penyelewangan dan salah guna kuasa,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas pelancaran PN Perak di Kuala Kangsar, semalam.

Muhyiddin yang juga Presiden BERSATU berkata, pelancaran di Perak itu adalah yang keempat selepas Johor, Kelantan dan Terengganu.

“Saya difahamkan gabungan parti yang terdiri daripada BERSATU, PAS dan Gerakan ini  sebenarnya sudah lama bergerak sejurus selepas terbentuknya kerajaan PN.

“Malah Perak merupakan antara negeri yang aktif melaksanakan pelbagai aktiviti dan program melibatkan rakyat,” katanya.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, pelancaran tersebut adalah sesuatu yang amat bermakna ketika khabar angin PRU15 semakin kencang bertiup.

“Saya menegaskan sama ada Parlimen dibubarkan atau tidak,  semangat yang ditunjukkan pada malam ini membuktikan PN sudah bersedia untuk berhadapan dengan pilihan raya,” katanya.

Desas-desus mengenai pembubaran Parlimen semakin hangat diperkatakan selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menghadap Yang di-Pertuan Agong buat kali kedua, petang semalam.

Beliau juga dilaporkan akan membuat pengumuman khas pada jam 3 petang hari ini. - Getaran, 10 Oktober 2022


 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 13 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 21 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 14 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang