web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


“Tak Bincang Pasal PAS, Fokus Persediaan PRU-15, Kekecewaan Agong’ - MKT UMNO

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Oct 2022 9:02PM

Ahli MKT UMNO hadir pada mesyuarat di Ibu Pejabat UMNO di Menara Dato Onn di sini, malam ini. - Gambar Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO dijangka membincangkan persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), berikutan keputusan Perdana Menteri membubarkan Parlimen hari ini.

Keputusan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilihat mengukir senyuman kepimpinan tertinggi UMNO yang hadir pada mesyuarat di Ibu Pejabat UMNO di Menara Dato Onn di sini, malam ini.

Kepimpinan tertinggi parti itu juga akan membincangkan berkenaan titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menzahirkan rasa kecewa dengan perkembangan politik semasa negara dan tidak mempunyai pilihan, selain memperkenankan permintaan Perdana Menteri bagi pembubaran Parlimen.

Mohamed Khalid Nordin - Gambar Syeda Imran
Mohamed Khalid Nordin - Gambar Syeda Imran

Perkara itu disahkan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang memaklumkan, partinya memandang serius perkara itu dan akan membincangkan pada mesyuarat berkenaan.

Jelasnya, kekecewaan dizahirkan Yang di-Pertuan Agong akan dijawab Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam tempoh terdekat.

“Saya rasa Perdana Menteri akan menjawabnya dalam sehari atau dua hari lagi.

“Ketika mesyuarat biro politik, dia ada sebut, jadi Ismail Sabri adalah orang terbaik menjawab kekecewaan itu apa,” katanya ketika ditemui media.

Ab Rauf Yusoh - Gambar Syeda Imran
Ab Rauf Yusoh - Gambar Syeda Imran

Dalam pada itu, Ahli MKT UMNO, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh senada dengan perkara itu dan menegaskan ia akan dibincangkan pada mesyuarat terbabit.

“Itu kita akan nyatakan nanti, kita pun tak tahu apa Agong kecewa, kita tak bincang pun tentang kekecewaan Seri Paduka Baginda (pada mesyuarat biro politik UMNO petang tadi).

“Sudah pastinya negara memerlukan sebuah keadaan politik yang stabil,” katanya.

Sementara itu, ditanya adakah UMNO akan membincangkan berkenaan kerjasama dengan PAS, Ab Rauf menegaskan perkara itu tidak akan dibawa dan diusulkan pada mesyuarat berkenaan.

“Tak (bincang kerjasama PAS). Kita bincang pasal parti kita. Nak bubar (Parlimen) ini macam mana.

“Kita minta jentera di semua peringkat bersedia dan  merancang dengan lebih teratur bahawa PRU kali ini UMNO mesti dapat keputusan baik,” katanya.

Mesyuarat MKT UMNO itu turut dihadiri Ketua UMNO Bahagian di setiap negeri.

Turut hadir, Naib Presiden UMNO, Datuk. Seri Mohamed Khaled Nordin; Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi; Timbalan Menteri Wilayah Kuala Lumpur, Datuk Seri Jalaluddin Alias; Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah, dan Mantan Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah. - Getaran, 10 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

2

Politik 5 bulan yang lalu

Zahid harap MCA Berubah Hati, Bantu Kempen PRK Kuala Kubu Bharu

3

Politik 6 bulan yang lalu

BN Hormati Kerusi DUN Milik Rakan Dalam Kerajaan Perpaduan, Sokong Bakal Calon

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Sidang Dewan Rakyat: Ahli Parlimen Lafaz Ikrar Rukun Negara

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan