web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PRU-15 Mungkin Boleh Dilaksana Sebelum Pertengahan November - UMNO

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 11 Oct 2022 7:00AM

Ahmad Maslan - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - UMNO menyerahkan sepenuhnya kepada kebijaksanaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi menentukan tarikh Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, bagaimanapun pihaknya berpendapat PRU15 boleh dilaksanakan sebelum pertengahan November, iaitu sebelum menjelangnya musim tengkujuh.

“UMNO berpendirian pembubaran Parlimen merupakan jalan terbaik berikutan parti politik yang membentuk kerajaan campuran, semakin jelas tidak mempamerkan solidariti terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam mentadbir negara.

“Malah, mengisytiharkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) sebagai musuh utama hanya menzahirkan tiada kepercayaan serta hormat kepada partinya menerajui kerajaan,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL), malam tadi.

Ahmad Maslan berkata, UMNO menjunjung kasih Yang di-Pertuan Agong atas perkenan bagi pembubaran Parlimen, selaras dengan kuasa baginda sebagaimana termaktub di bawah Perkara 40 (2) (b) dan Perkara 55 (2) Perlembagaan Persekutuan.

“UMNO menghormati titah Tuanku, bahkan berpendirian serupa bahawa negara tidak boleh dibiarkan berterusan berada dalam keadaan politik tidak menentu, malah perlu mengembalikan mandat kepada rakyat.

“Ia perlu dilakukan untuk mereka memilih sebuah kerajaan yang dapat menjamin kestabilan serta kemakmuran negara,” katanya.

Pada masa sama, Ahmad Maslan menegaskan, mesyuarat MKT UMNO yang dipengerusikan Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi itu, membincangkan beberapa isu berkaitan dengan gerak kerja dan persiapan jentera demi menghadapi PRU-15.

“Mesyuarat juga bersetuju agar tema utama manifesto bagi PRU15 adalah kestabilan dan kemakmuran yang digunakan sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan PRN Johor sebelum ini. Ianya akan diangkat untuk persetujuan Dewan Tertinggi BN.

“Tarikh baru Perhimpunan Agung UMNO (PAU) sebelum ini ditentukan pada 23 hingga 26 November akan diubah kepada suatu tarikh akan dimaklumkan kemudian,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Parlimen dibubar berkuatkuasa hari ini selepas diperkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi memberi laluan kepada PRU15.

Beliau membuat pengumuman itu menerusi perutusan khas secara langsung petang semalam.

Dalam ucapannya, Ismail Sabri berkata, beliau sudah menghadap Yang di-Pertuan Agong tengah hari kelmarin dan menyembah warkah permintaan kepada baginda mengenai pembubaran Parlimen Ke-14. - Getaran, 11 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

2

Semasa 8 bulan yang lalu

Dana RM700 Juta: 'Ya, Kami Ambil Keterangan Ismail Sabri' - SPRM

3

Politik 10 bulan yang lalu

UMNO Tidak Perlu Pujuk Ahli Parlimen Pembangkang Sokong PM - Ahmad Maslan

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Kastam Kelantan Rekod Hasil Hampir RM100 Juta Setakat Julai - Ahmad

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan