web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Hari Mengundi Mungkin Pada 12 Atau 19 November - Pemerhati

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Oct 2022 12:09PM

PRU-15 berkemungkinan besar jatuh pada pertengahan November. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Hari pengundian bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) berkemungkinan besar jatuh pada pertengahan November, kata pemerhati, walaupun spekulasi menyatakan ia bakal diadakan pada 5 November depan.

Penganalisis pilihan raya, Dr G Manimaran berkata, beliau percaya tarikh terdekat untuk mengundi jatuh ialah 12 atau 19 November, kedua-duanya pada Sabtu.

Menurut beliau, undi ‘ekspress’ tidak akan diadakan, termasuk rangka waktu minimum diperlukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk bersiap sedia, yang boleh mengambil masa sehingga lima atau enam hari.

Dengan pengumuman pembubaran Parlimen oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam, Manimaran memberitahu, tarikh mengundi jika jatuh pada 5 November hanya memberikan SPR tempoh kurang dari sebulan untuk menyelenggara pilihan raya terbesar pernah diadakan, melibatkan 21 juta pengundi berdaftar.

“Walaupun SPR mempunyai 60 hari untuk mengadakan pilihan raya, ia sebenarnya melibatkan pelbagai proses, antaranya mengeluarkan writ pilihan raya, sebelum mengumumkan hari pencalonan dan tempoh berkempen selama 11 hari.

“Tempoh berkempen boleh mencecah sehingga 13 atau 114 hari dan sebelum hari pengundian, ada juga mengundi awal dan undi pos. Semua proses ini memerlukan masa,” katanya kepada The Vibes ketika dihubungi.

Akhir Ogos lalu, Manimaran, bekas ahli Jawatankuasa Pembaharuan Pilihan Raya meramalkan PRU-15 akan diadakan pertengahan November, berdasarkan tindakan diambil  Ismail Sabri untuk mengawalkan pembentangan Bajet 2023 ke 7 Oktober.

Apabila dihubungi semalam, Manimaran juga mengakui tarikh 5 November dilihat mustahil, berpandukan kepada keperluan logistik dan prosedur SPR.

“Mengadakan PRU-15 pada 5 November akan menjadikan semua terlalu padat kerana SPR memerlukan masa untuk menyediakan kertas undi dan menghantarnya untuk kegunaan undi pos.

“SPR juga memerlukan masa untuk menyediakan dakwat khas yang perlu digunakan oleh pengundi,” katanya.

Manimaran berkata, SPR mempunyai tempoh sehingga Isnin depan untuk mengumumkan hari pencalonan, undi pos, undi awal dan hari mengundi, selain perlu menunggu Dewan Undangan Negeri (DUN) seluruh negara mengumumkan pembubaran masing-masing.

Beliau menarik perhatian, SPR menetapkan tempoh 11 hari sebagai waktu minimum untuk proses berkempen, yang boleh berlanjutan sehingga dua minggu.

Tambahnya, situasi itu bertambah rumit kerana negeri seperti Kedah, Terengganu, Kelantan, Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang sebelum ini telah mengumumkan bahawa mereka tidak akan mengadakan pilihan raya secara serentak.

Manimaran juga berkata, ini bermakna SPR perlu menanggung kos lebih tinggi, selepas pada akhir September lalu memberitahu, PRU-15 mungkin menelan belanja sehingga RM1.1 bilion, dua kali ganda daripada kos yang dibelanjakan untuk PRU-14.

Jika kesemua negeri itu enggan mengadakan pilihan raya secara serentak, Manimaran berkata kerajaan mungkin perlu membelanjakan sehingga RM800 juta bagi mengadakan pilihan raya berasingan.

Bagaimanapun Manimaran berkata, tarikh 26 November dilihat masih rasional namun tidak boleh diadakan selepas 10 Disember.

“Saya percaya SPR akan mengadakan mesyuarat dalaman hari ini atau Rabu dan perlu membuat keputusan akhir menjelang awal minggu depan jika semua negeri terlibat memutuskan untuk tidak membubarkan DUN masing-masing.

“Untuk pilihan raya ekspres, saya tidak rasa akan berlaku kerana ia memerlukan sekurang-kurangnya lima minggu bagi memastikan pilihan raya berjalan lancar, mengambil kira musim banjir dan tengkujuh,” katanya.

Pemerhati Parlimen, Ong Ooi Heng turut senada dengan Manimaran berhubung ramalan tarikh, memetik perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen bagi membolehkan SPR menimbangkan faktor musim tengkujuh yang dijangka bermula pertengahan November nanti.

“Dengan 21 juta pengundi sekarang, ia menelan banyak masa secara logistik dan memerlukan tempoh berkempen yang lebih panjang bagi membolehkan SPR bersiap sedia untuk hari pengundian,” katanya ketika dihubungi.

Ooi Heng berkata, pendaftaran pengundi pos memerlukan sekurang-kurangnya beberapa minggu dan mereka seharusnya dibenarkan untuk memuat turun kertas undi masing-masing bagi menjimatkan masa.

Beliau juga mencadangkan pusat pengundian mega dibina untuk pengundi awal atau pos, khususnya buat penduduk Malaysia Timur yang menetap dan bekerja di Semenanjung Malaysia. - The Vibes, 11 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

Tubuh Jawatankuasa Pantau Janji PRK, Elak Retorik Lama - Santhara

2

Politik 1 bulan yang lalu

Pengundi India Tetap Akan Sokong PH Walaupun Kecewa - Sivarraajh

3

Politik 2 bulan yang lalu

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Jangan Jadikan Kelemahan Ringgit Senjata Politik - Anwar

Sorotan

1

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

2

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

3

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

4

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

5

Kemenangan Saravanan Bukti Beliau Diperlukan Semua Ahli - Arvind

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Konsert Double Trouble 2 : Bekas Penolong Pengurus Dituduh Minta, Terima Rasuah

Semasa 7 jam yang lalu

Ramlan Harun Dilantik Pengerusi SPR Baharu

Beliau menggantikan Abdul Ghani Salleh yang bersara wajib pada 9 Mei lalu

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Aktiviti Kumpulan Pengganas: Suri Rumah, Penggangur Antara 8 Suspek Ditahan

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan