web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Surat 12 Menteri Gugat Kerajaan Hanya Fitnah, PM Buat Tuduhan Tak Berasas

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 13 Oct 2022 3:10PM

BERSATU berkata dakwaan dari Ismail Sabri jelas membuktikan bahawa beliau membuat pusingan U. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dakwaan bahawa surat dihantar 12 menteri Perikatan Nasional (PN) kepada Yang di-Pertuan Agong telah membawa kepada pembubaran Parlimen disifatkan sebagai satu fitnah dan tuduhan tidak berasas.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU, Dr Muhammad Faiz Na’aman berkata, dakwaan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob itu jelas membuktikan bahawa beliau membuat pusingan U kerana sebelum ini pernah menyatakan surat tersebut tidak menggugat keabsahan kerajaan.

Menurut beliau, adalah satu fitnah apabila Perdana Menteri caretaker menuduh Tan Sri Muhyiddin Yassin dan menteri dari PN sebagai punca Parlimen dibubarkan.

“Jika Ismail Sabri mempunyai maruah, beliau sewajarnya bertanggungjawab terhadap cadangannya kerana ia adalah kuasa Perdana Menteri yang tidak dipengaruhi mana-mana pihak.

“Lebih bermaruah lagi jika beliau merasakan bahawa tidak lagi mendapatkan sokongan majoriti Ahli Parlimen, maka beliau seharusnya mengumumkan peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri, bukan berlagak majoriti mohon pembubaran Parlimen dari Istana Negara,” katanya kepada Getaran, hari ini.

Perdana Menteri sebelum ini dipetik sebagai berkata, tindakan tidak wajar 12 menteri Kabinet yang mengutuskan warkah kepada Yang di-Pertuan Agong telah mencetuskan ketidakharmonian dalam pentadbiran kerajaan.

Katanya, ia jelas membelakangkan institusi Perdana Menteri yang pelantikannya diperkenan Yang di-Pertuan Agong, sekali gus mengikis semangat solidariti dalam pentadbiran kerajaan.

Bagaimanapun, Ismail Sabri sebelum ini menegaskan, keabsahan kerajaan pimpinannya tidak tergugat dengan tindakan 12 menteri terlibat.

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO menegaskan, tindakan berkenaan tidak menjejaskan keutuhan kerajaan kerana sokongan kepada seseorang Perdana Menteri adalah tertakluk pada majoriti sokongan Ahli Dewan Rakyat.

Mengulas lanjut, Dr Muhammad Faiz berkata, perbuatan itu jelas menunjukkan UMNO sememangnya gila kuasa kerana masih berhasrat untuk mentadbir kerajaan Persekutuan sepenuhnya.

Menurut beliau, pihaknya yakin rakyat pasti mengingati kejatuhan kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang bertungkus lumus menyelamatkan nyawa rakyat akibat pandemik COVID-19, tetapi berdepan serangan namun terbuka oleh beberapa individu atas motif politik semata-mata.

“Malah, kepimpinan UMNO terus melaungkan ‘No BERSATU’ dalam Perhimpunan Agung Tahunan (PAU) mereka dua tahun berturut-turut ketika membentuk kerajaan bersama, sampai rela menjatuhkan kerajaan negeri mereka sendiri di Melaka dan Johor agar Pilihan Raya Negeri (PRN) dapat dilakukan ketika wabak masih menular dan ketika musim banjir. Adakah itu masih salah PN?

“Paling khianat ialah apabila tersebarnya rakaman perbualan antara guru (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dan anak muridnya, (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) sambil ketawa sewaktu PAU sedang berlangsung, sekali gus menunjukkan wujudnya perancangan rahsia antara pihak itu untuk meruntuhkan kerajaan pusat yang dibina bersama PN.

“Lalu apakah salah jika Muhyiddin mengisytiharkan Barisan Nasional (BN) adalah musuh utama rakyat dalam PRU nanti sebagai respon terhadap percaturan keji untuk menyelamatkan penjenayah tertentu dari dihukum mahkamah,” katanya.

Beliau menegaskan, Ismail Sabri merupakan Perdana Menteri lemah kerana merelakan diri diperguna umpama boneka dan tunduk kepada desakan pemimpin kanan UMNO yang berdepan puluhan pertuduhan membabitkan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram. 

“Muhyiddin selama mempengerusikan Majlis Pemulihan Negara (MPN) berkali-kali memberi saranan kepada kerajaan pimpinan Ismail Sabri agar bertindak secara profesional, berfakta dan berhemah, namun tidak diendahkan dalam banyak perkara, terutama mengenai moratorium khas untuk sektor perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) yang menjadi kegiatan ekonomi rakyat biasa.

“Oleh kerana Perdana Menteri tidak mengendahkan segala nasihat, bahkan terlampau percaya pula kepada penasihat ekonominya yang masih mentah seperti Shahril Hamdan, maka ekonomi negara berada dalam keadaan terumbang ambing. Pada masa sama, kos sara hidup terus meningkat, harga barang keperluan asas naik, dan negara berada dalam situasi stagflation yang akhirnya boleh menjurus kepada inflasi menyeluruh,” katanya.

Justeru jelasnya, adalah wajar Muhyiddin selaku Pengerusi MPN membuat teguran keras sebelum ekonomi negara menjadi lebih parah.

“Namun, ia dibalas pula dengan membubarkan Parlimen, bukannya terus memperbaiki ekonomi rakyat.

“Cuba kira berapa banyak pakej bantuan ekonomi untuk rakyat diumumkan Ismail Sabri sepanjang beliau menjadi Perdana Menteri berbanding yang pernah dilakukan Muhyiddin.

“Kenapa nilai mata wang negara kita terus susut di pentas antarabangsa hinggakan ia kini tidak laku lagi di negara jiran,” katanya. - Getaran, 13 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

Peluang PN Cerah Di PRK Nenggiri - Penganalisis

2

Politik 2 bulan yang lalu

PRK Sungai Bakap: Kerajaan Perpaduan Hormat Pilihan Rakyat

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Tak Rasmi - PN Pertahan Kerusi DUN Sungai Bakap

4

Politik 3 bulan yang lalu

PRK Sungai Bakap: Saingan 2 Penjuru Antara PH, PN

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan