web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Harap Lebih Ramai Wanita PKR Jadi Calon PRU-15

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 20 Oct 2022 3:15PM

Fadhlina Sidek - Gambar dari Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) November depan wajar menyaksikan penampilan lebih ramai calon wanita daripada PKR bagi memperkasa golongan tersebut.

Ketua Wanita PKR, Fadhlina Sidek berkata, keghairahan parti untuk saling berpencak dalam PRU-15 seharusnya digandingkan dengan komposisi yang adil dan tidak regresif.

Menurut beliau, pihaknya meyakini pimpinan wanita PKR merupakan generasi yang telah melalui pelbagai siri pengorbanan di peringkat peribadi dan parti.

“Seiring dengan pengumuman oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini, maka tugasan di peringkat pimpinan bagi menuntaskan senarai nama akan dimuktamadkan dengan kadar segera.

“Siri mesyuarat dan jelajah di peringkat cabang dan negeri telah pun menyaksikan (bahawa) konsep yang ingin diangkat oleh pasukan sayap wanita pada kali ini adalah berorientasikan akar umbi,” katanya menerusi kenyataan di Facebook hari ini.

SPR hari ini menetapkan 19 November sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, Sabah.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata, hari penamaan calon ditetapkan pada 5 November manakala 15 November adalah tarikh untuk mengundi awal.

Menurut beliau, tempoh berkempen yang ditetapkan adalah selama 14 hari bermula selepas hari penamaan calon, berbanding 11 hari pada PRU-14.

Sementara itu, Fadhlina berkata, pihaknya masih melakukan rundingan dan kempen berterusan sedang dilaksanakan di peringkat dalaman dan masyarakat awam di negara ini, bagi memastikan mandat rakyat berpihak kepada Pakatan Harapan (PH).

Dalam meraih sokongan pengundi atas pagar dan pengundi baharu, beliau menegaskan, PKR tidak boleh lari daripada disiplin atau peraturan organisasi untuk mengutamakan bakat pemimpin parti.

“Kita baru sahaja usai daripada melaksanakan landasan demokrasi dalaman, dan struktur terbentuk dalam sayap pada hari ini adalah yang diangkat daripada undi anggota parti.

“Harus kita yakini, yang diperjuangkan adalah kerana sememangnya pimpinan kita mempunyai kapasiti untuk memimpin dan memberikan tumbukan utama dalam PRU-15.

“Bakat yang menerajui sayap pada hari ini adalah mereka diangkat oleh akar umbi pada pemilihan lalu.

“Jika saya dilihat tidak berganjak daripada keputusan untuk mempertahankannya, itu adalah kerana kami mempertahankan keputusan akar umbi,” katanya. - Getaran, 20 Oktober 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Kementerian Pendidikan Serah Kes Murid Diserang Strok Haba Kepada Polis

2

Politik 4 bulan yang lalu

2 Timbalan Menteri Dilantik Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR

3

Politik 4 bulan yang lalu

PRK KKB: Fahmi Sangkal Dakwaan PKR Tak Bantu Kempen Calon Kerajaan Perpaduan

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Noktah Kemiskinan Tegar, Isu Kewarganegaraan Dibincang Bersama MPN PKR Sabah - Anwar

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad