web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Saya Tak Kisah Digelar Pengkhianat - Muhyiddin

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Oct 2022 8:53PM

Muhyiddin Yassin - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui tidak kisah digelar ‘pengkhianat’ selepas tindakan beliau membawa keluar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) daripada Pakatan Harapan (PH). 

Beliau berkata, tindakan terbabit dilakukan berikutan desakan daripada PH yang dianggap mampu mengkhianati amanah agama dan kaum di negara ini. 

“Saya keluar dari PH sebab tak tahan dengan tuntutan DAP dan PKR yang tidak begitu sesuai serta bercanggah dengan tuntutan agama, bangsa dan negara.

“Saya tidak kisah dituduh pengkhianat kerana saya tidak boleh mengkhianati bangsa, agama serta Malaysia,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini. 

Mantan Perdana Menteri itu berkata, terdapat keperluan untuk pemimpin tidak melakukan perbuatan pecah amanah berikutan ia adalah dosa besar. 

Katanya, amanah dan tanggungjawab sebagai pemimpin tersebut harus disempurnakan agar dapat mengangkat bangsa serta negara ke harakah tinggi dan lebih berdaya maju di persada dunia. 

“Ini bermakna apabila diberi tugas dan tanggungjawab, maka mestilah dilakukan sebaik mungkin. Dulu Malaysia dikenali sebagai Harimau Asia kerana kejayaan hebat dan kita bangga mengaku sebagai warganegara. 

“Namun, mutakhir ramai malu dengan kebobrokan yang berlaku gara-gara rasuah dan salah guna kuasa melibatkan pemimpin negara,” katanya. 

Muhyiddin juga mengingatkan kembali bagaimana beliau dibuang daripada UMNO hanya kerana membuat teguran berkaitan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dipelopori mantan Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak. 

“Saya ‘ditendang keluar’ daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri dan UMNO hanya kerana membuat teguran mengenai skandal 1MDB yang merupakan ‘rompakan’ terbesar dalam sejarah negara. 

“Perkara itu mencemarkan nama baik Malaysia di mata dunia tapi tak mengapalah, mungkin Allah tidak mahu saya bersama orang mungkar,” katanya. 

Lantaran itu, Muhyiddin yang juga Presiden BERSATU mengharapkan agar pengundi membuat pertimbangan bijak dan tepat untuk memilih PN pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15). 

Menurutnya, pilihan itu perlu dilakukan supaya sebuah kerajaan berintegriti, amanah dan prihatin dapat dibentuk selepas pilihan raya berkenaan. 

Tegasnya, hanya PN yang boleh membentuk kerajaan berintegriti, malah tiada pilihan lebih baik, selain gabungan dipimpinnya itu. 

“Saya tahu masih ramai lagi yang susah akibat pandemik COVID-19. InsyaAllah, jika kita dapat membentuk kerajaan, maka kita akan melakukan yang terbaik untuk kemaslahatan rakyat,” katanya. - Getaran, 23 Oktober 2022. 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 2 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula