web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Rasuah Tiada Bila Kiamat, Asyraf Wajdi Cuba Halalkan Jenayah?

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 30 Oct 2022 12:56PM

Asyraf Wajdi Dusuki - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - UMNO dilihat cuba menghalalkan jenayah rasuah apabila mendakwa ia hanya mampu terhapus secara sepenuhnya apabila dunia berada di ambang kiamat.

Penyelaras Penerangan Perikatan Nasional (PN), Badrul Hisham Shaharin berkata, walaupun sogokan diterima tidak digunakan, ia masih dianggap sebagai jenayah rasuah yang tidak boleh dihalalkan.

“Ketua Pemuda UMNO (Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki) dengan yakin cuba halalkan rasuah apabila meminta semua terima kegiatan itu.

“Ini kerana katanya, di mana-mana dalam dunia orang (lakukan) rasuah kerana kalau tak rasuah bermaksud dunia kiamat,” katanya kepada Getaran, hari ini.

Menurut beliau, kenyataan dibuat Asyraf seolah-olah menggambarkan Ketua Pemuda UMNO itu cuba mewujudkan persepsi tidak masuk akal semata-mata untuk menarik undi rakyat agar menyokong Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

“Kiamat tidak akan berlaku selagi ada orang menyebut Allah .... Allah ... (Ingat Allah)... {Hadis riwayat Muslim}.

“Nampaknya ada hadis palsu penyokong tegar kluster mahkamah iaitu kiamat dunia kalau tidak rasuah,” katanya, sinis.

Terdahulu, Asyraf Wajdi ketika diwawancara sebuah rancangan bual bicara menegaskan, rakyat ketika ini berada dalam dunia yang tidak sempurna.

Jelasnya, dunia yang ideal dan bersih daripada rasuah hanya akan berlaku apabila kiamat sudah melanda.

“Negara kita (jika) tidak ada langsung rasuah, semuanya bersih maknanya itu kiamat tandanya. Kita berada dalam dunia yang tidak sempurna.

“Kalau mengharapkan sesuatu yang ideal, negara tidak ada langsung rasuah semuanya bersih maknanya itu kiamat. Realitinya, apa yang harus kita lakukan pastikan tidak adanya ketirisan dan rasuah itu dapat dikurangkan ke tahap minimum,” katanya.

Kenyataan Asyraf Wajdi itu turut menerima kecaman netizen, apatah lagi apabila beliau terkenal sebagai individu dengan latar belakang pendidikan agama yang tinggi.

“Macam ni ketua pemuda UMNO bercakap? Tiada rasuah dunia kiamat, bodoh macam tombol pintu. Harap mengaji agama sahaja tinggi tapi tak paham langsung apa yang diajar oleh Nabi,” kata Abdul Rani Kulup fans.

“Kiranya salah satu tanda kiamat, tiada rasuah ke? Tak pernah pula dengar mana-mana hadis atau daripada alim Ulamak tiada rasuah tanda kiamat. Sayang bila ada pemimpin yg kurang ilmu,” ciap pula KAB di Twitter.

“Presiden (UMNO) dah buka pekong, pemuda mereka pun cakap macam ini (rasuah bukan kesalahan) secara terang. Kalau menang juga Pilihan Raya Umum (PRU) ini, tunggu kiamat sahaja lah,” kata seorang lagi netizen dikenali sebagai Dinie. - Getaran, 30 Oktober 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan 2 Pegawai Kanan Disyaki Terima Rasuah RM14,000

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Belia, NGO Perlu Tolak Rasuah, Salah Guna Kuasa - PM

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Muhyiddin Dapat Kebenaran Mahkamah Hadir Majlis Graduasi Cucu Di London

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Saham Prolintas Infra Jatuh Susulan Siasatan SPRM

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan