web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PRU-15: Peluang Pekerjaan Kepada Anak Muda Jadi Fokus Shahril Hamdan

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Nov 2022 4:54PM

Shahril Hamdan mahu memperkasa perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) agar lebih banyak peluang pekerjaan mampu disediakan - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR GAJAH - Calon Barisan Nasional (BN), Shahril Hamdan berazam menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat Alor Gajah, khususnya untuk anak muda sekiranya beliau memenangi kerusi Parlimen itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). 

Menurutnya, bagi matlamat itu, beliau mahu memperkasa perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) agar lebih banyak peluang pekerjaan mampu disediakan. 

Ketua Penerangan UMNO itu yakin perkara terbabit mampu dicapai sekiranya rakyat memilih BN pada PRU-15. 

“Kita boleh capai potensi perkara tersebut untuk usahawan muda, graduan anak Alor Gajah hampir 5,000 orang di seluruh negara. Ada peluang pekerjaan di tempat sendiri. Itulah contoh tawaran masa depan kita bawa. 

“Saya akan bentangkan tawaran untuk Alor Gajah, namun secara ringkas di sini kawasan industri. Jadi, bagaimana nak pastikan manfaat itu diterima Alor Gajah.

“Saya tahu di sini banyak PMKS dan anak muda buka perniagaan itu. Saya hadap benda itu dipertimbang untuk menyokong BN (pada PRU-15),” katanya kepada media di pintu masuk Universiti Teknologi Mara (UiTM) Lendu, hari ini. 

Dalam pada itu, Shahril menegaskan beliau akan memperkasa pertanian menerusi platform digital dan e-dagang, berikutan ia berupaya meningkatkan hasil kepada masyarakat yang menceburi sektor tersebut. 

“Pertanian juga boleh dimodenkan dan dibantu melalui digital. Kita bukan lagi cakap isu lama dan isu asas.

“Betul perkara itu perlu menjadi agenda, namun kita perlu lihat ke hadapan. Itu yang saya dan BN mahu tawarkan kepada penduduk di Alor Gajah,” katanya. 

Pada PRU-15 di Parlimen Alor Gajah, Shahril berdepan pertandingan empat penjuru dalam usaha merampas kembali kerusi tersebut daripada Perikatan Nasional (PN) yang disandang mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof. 

Selain Redzuan, beliau akan ditentang mantan Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari dan Muhammad Nazriq Abdul Rahman yang mewakili Gerakan Tanah Air (GTA) daripada BERJASA. - Getaran, 5 November 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

PRK Nenggiri: BN Menang Majoriti Besar, Rampas Semula Kerusi DUN Nenggiri

2

Politik 5 bulan yang lalu

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

3

Semasa 9 bulan yang lalu

Mahkamah Tolak Rayuan BN Untuk Kembalikan Petisyen Pilihan Raya Gua Musang

4

Politik 10 bulan yang lalu

PRK Kemaman : Keluar Undi Esok, Buat Pilihan Terbaik - Calon BN

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 4 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula