web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Calon Pikul Tanggungjawab Berat, Misi Mengabdi Diri Untuk Rakyat Sudah Bermula

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Nov 2022 11:35AM

Muhyiddin Yassin - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Semua calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), khususnya Perikatan Nasional (PN) sedang memikul tanggungjawab berat , dalam usaha menggalas misi berkhidmat kepada rakyat.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pemilihan sebagai calon PRU-15 bukan berpaksikan kepada kuasa dan pangkat, sebaliknya harus mengabdi diri untuk rakyat.

Menurut beliau, perjalanan pengabdian kepada pengundi dan masyarakat sekitar itu bermula sebaik sahaja hari penamaan calon menutup tirai, semalam.

“Sebaik-baik manusia adalah orang yang paling bermanfaat bagi orang lain. (Hadis riwayat Ibn Hibban).

“Pesanan Rasulullah SAW seperti yang terkandung di dalam hadis di atas saya tujukan kepada semua calon PN sempena kempen rasmi yang bermula semalam,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Penyandang kerusi Parlimen Pagoh itu berkata, semua calon seharus bergerak agresif menemui dan menyantuni rakyat tanpa mengira lokasi.

“Fahami masalah mereka, keperluan mereka dan cari jalan yang terbaik untuk membantu sedaya upaya.

“Anda akan bekerja saban hari bukan untuk kepentingan diri sendiri, tetapi demi manfaat orang lain. Jadi, seperti maksud hadis di atas, bekerja keraslah untuk manfaat orang lain. Bukan perihal diri kita. Ingatlah perjuangan kita ini demi manfaat rakyat dan negara,” katanya.

Muhyiddin yang juga Presiden BERSATU memberitahu, beliau sejak dahulu memegang tekad untuk bekerja demi manfaat rakyat, khususnya ketika mengepalai kerajaan menentang ancaman COVID-19.

Aspek itu katanya, dibuktikan sewaktu menyandang portfolio Perdana Menteri sebelum ini.

“Kita lakukan apa sahaja yang boleh pada ketika itu untuk melindungi nyawa rakyat dan memastikan setiap orang mempunyai makanan di atas meja.

“Perjuangan membantu rakyat ini masih belum selesai. Ramai yang masih memerlukan bantuan kita di luar sana,” katanya.

Beliau memberi jaminan, perjuangan murni tersebut akan disambung sebaik sahaja PN memperoleh kemenangan, sekali gus membentuk kerajaan.

“Kepada semua jentera PN, bekerja keraslah untuk memastikan kemenangan PN. Saya dapat rasakan mood rakyat pada masa ini amat positif kepada kita, Insya Allah.

“Berkempenlah dengan cara yang berhemah, patuhi undang-undang pilihan raya dan elakkan sebarang provokasi yang boleh mengganggu ketenteraman awam,” katanya.

Muhyiddin menerusi media sosial sama semalam mengakui, PRU-15 adalah gelanggang politik terakhir untuknya.

Beliau memberitahu, jawatan sebagai Perdana Menteri bukan lagi sesuatu yang penting untuk dirinya.

“Jawatan tidak penting bagi saya. Kata orang ‘kun faya kun’. Kalau jadi, maka jadilah. Kalau tak jadi pun, tak mengapa.

“Yang lebih penting ialah saya buat pilihan ini demi untuk menyelamatkan negara.

“Menawarkan PN sebagai pilihan yang terbaik untuk anda semua,” katanya.

Pada PRU-15, mantan Perdana Menteri itu bakal berdepan pertandingan tiga penjuru, yang menyaksikan beliau dicabar calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Razali Ibrahim dan calon Pakatan Harapan (PH), Iskandar Shah Abd Rahman. - Getaran, 6 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Muhyiddin Mengaku Tidak Bersalah Tuduhan Menghasut

2

Politik 1 bulan yang lalu

Peluang PN Cerah Di PRK Nenggiri - Penganalisis

3

Politik 2 bulan yang lalu

6 Ahli Parlimen BERSATU Sokong PM: Tiada Kekosongan Kerusi – Muhyiddin

4

Politik 2 bulan yang lalu

PRK Sungai Bakap: Kerajaan Perpaduan Hormat Pilihan Rakyat

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 23 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 23 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 1 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'