web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tindakan 3 Pemimpin UMNO Tanding Atas Tiket Lawan Tidak Jejaskan UMNO, BN - Ahmad Maslan

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Nov 2022 7:05PM

Ahmad Maslan berkata bilangan pemimpin yang terlibat adalah kecil dan ia bukan isu besar - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PONTIAN - Tindakan tiga pemimpin UMNO yang bertanding atas tiket parti lawan atau Bebas tidak menjejaskan parti dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata bilangan pemimpin yang terlibat adalah kecil dan ia bukan isu besar dan semua jentera kini perlu memberi fokus dalam memastikan kemenangan UMNO dan gabungan itu demi kestabilan politik dan rakyat.

"Tiga (orang) sahaja (yang berpaling tadah). Sikit sangat. Yang lain okey. Mereka (yang bertanding atas tiket parti lawan dan Bebas) ni, ada yang sudah lapan penggal dan ada yang kalah dalam pemilihan ketua bahagian serta ada masalah lain.

“Kita bukan sengaja buang, lapan penggal dah jadi 40 tahun, macam (Tan Sri) Annuar Musa pun sudah lapan penggal tapi bagus masih bagi sokongan (walaupun tidak terpilih jadi calon), (begitu juga) dengan (Datuk Seri) Mohamed Nazri Abdul Aziz dan (Tan Sri) Noh Omar pun masih bagi sokongan,” katanya kepada Bernama selepas sesi menyantuni masyarakat Tiong Hua di Benut, di sini, hari ini.

Penyandang kerusi Parlimen Pontian itu berkata masih ada peluang lagi bagi pemimpin-pemimpin lain yang tidak terpilih menjadi calon bagi PRU-15 memandangkan terdapat enam negeri lagi yang masih belum ada Pilihan Raya Negeri (PRN) iaitu Kelantan, Kedah, Terengganu, Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang.

Ismail Abd Muttalib - Gambar Fail
Ismail Abd Muttalib - Gambar Fail

“Jadi pemimpin UMNO yang tidak terpilih untuk jadi calon Parlimen, yang masih menunjukkan kesetiaan dan sebagainya, mungkin pucuk pimpinan akan pertimbangkan untuk menerima mereka bertanding pada PRN nanti...bukan habis di situ sahaja," katanya.

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim dan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Ismail Abd Muttalib masing-masing bertanding mempertahankan kerusi di Parlimen Arau dan Maran atas tiket Perikatan Nasional (PN) pada PRU-15.

Dr Shahidan Kassim - Gambar Fail
Dr Shahidan Kassim - Gambar Fail

Penyandang kerusi Parlimen Padang Besar Datuk Zahidi Zainul Abidin, yang juga Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia pula bertanding atas tiket Bebas bagi mempertahankan kerusi Parlimen berkenaan selain bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri Titi Tinggi.

Sementara itu, Ahmad yang sudah tiga penggal di Parlimen Pontian berharap masyarakat di kawasan Parlimen itu akan terus memberi sokongan dan memilih BN untuk meneruskan kesinambungan pembangunan di kawasan berkenaan.

Zahidi Zainul Abidin - Gambar Fail
Zahidi Zainul Abidin - Gambar Fail

Mengakui bahawa lawannya juga mempunyai kekuatan tersendiri, beliau berharap pengundi bijak dalam memilih sama ada mahukan pemimpin yang hanya turun ke padang untuk berkempen atau memilih pemimpin yang saban minggu turun ke kawasan untuk bersama-sama dengan rakyat.

"Saya sendiri telah jaga kawasan sebaik mungkin. Setiap minggu balik (ke kawasan) tanpa gagal, baik zaman menang atau kalah. Saya harap khidmat saya ini diterima baik dan saya buat begini sudah sekian lama, bukan masa berkempen sahaja,” katanya yang akan berdepan persaingan empat penjuru, ditentang calon PN Datuk Isa Ab Hamid, Shazwan Zdainal Abidin (Pakatan Harapan) dan Jamaluddin Mohamad (Pejuang).

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 19 November sebagai hari mengundi PRU-15, manakala 15 November adalah hari mengundi awal. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

PRK Nenggiri: BN Menang Majoriti Besar, Rampas Semula Kerusi DUN Nenggiri

2

Politik 2 bulan yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

3

Politik 5 bulan yang lalu

Zahid harap MCA Berubah Hati, Bantu Kempen PRK Kuala Kubu Bharu

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 21 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 13 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah