web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PH, PN, GTA Bawa DNA Sama, Serpihan Yang Menyusahkan Rakyat - Zahid

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Nov 2022 10:09AM

Penyertaan PH, PN dan GTA pada PRU-15 adalah bersandarkan kepada DNA politik yang sama.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penyertaan Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN) dan Gerakan Tanah Air (GTA) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) adalah bersandarkan kepada DNA politik yang sama.

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, kesemua gabungan berkenaan adalah serpihan yang menyusahkan rakyat selepas 9 Mei 2018.

Menurut beliau, PH yang memenangi PRU-14 ketika itu dibarisi parti DAP, PKR, BERSATU dan AMANAH.

“DAP, PKR, AMANAH dan BERSATU membentuk kerajaan PH sebelum berpecah-belah pada Februari 2020 angkara perebutan kuasa sesama mereka. 

“BERSATU yang diketuai oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin pula bertindak meninggalkan PH dan membentuk PN bersama PAS,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas perkongsian sekeping poster, yang kononnya menggambarkan identiti sebenar blok pembangkang, iaitu pengkhianat mandat rakyat.

Poster berkenaan antara lain dihiasi gambar Muhyiddin, Dr Mahathir, Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Pengerusi DAP, Lim Guan Eng,  dan Presiden WARISAN, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Kesemua individu berkenaan menurut poster itu, adalah serpihan PH yang didakwa telah mengkhianati mandat dan kepercayaan rakyat apabila saling berebut kuasa.

Zahid mengulas lanjut, perpecahan kerajaan PH turut disusuli pembentukan PEJUANG, iaitu parti serpihan BERSATU oleh Tun Dr Mahathir Mohamad. 

Keadaan ini katanya, jelas berbeza dengan BN yang sedari dulu tetap membawa misi sama tanpa berpecah belah.

“BN masih berlandaskan perjuangan untuk mengembalikan kestabilan dan kemakmuran di Malaysia.

“Rakan-rakan di media sosial kongsikan hantaran ini. Menarik juga kandungannya. Penting untuk difahami oleh rakyat dalam membuat penentuan pada 19 November nanti,” katanya.

Beliau yang bakal mempertahankan Parlimen Bagan Datuk berkata, perpecahan PH juga membawa kepada satu lagi penubuhan parti serpihan, iaitu MUDA oleh Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

“Menjelang PRU-15, Tun (Dr) Mahathir menubuhkan gabungan baru, GTA yang (turut) disertai PEJUANG.

“Syed Saddiq pula membawa MUDA kembali bekerjasama dengan PH yang disertai DAP, PKR dan AMANAH,” katanya. - Getaran, 7 November 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 6 bulan yang lalu

Dulu Kecam Coldplay, Sekarang Sokong Taylor Swift; Apa Sebenarnya PN Mahu?

2

Politik 11 bulan yang lalu

PRK DUN Pelangai: 16,456 Pengundi Tunai Tanggungjawab Esok

3

Politik 11 bulan yang lalu

'Mengata Dulang Paku Serpih', PN Kempen Di Masjid Boleh Pulak? - Netizen

4

Politik 1 tahun yang lalu

PRK: Saingan 3 Penjuru Di Pelangai Antara BN, PN, Bebas

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 15 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 23 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka