web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PRU-15: Pastikan BN Menang, Kembalikan Keutuhan Hubungan M’sia - S’pura 

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Nov 2022 10:17AM

Nur Jazlan Mohamed - Gambar Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pentadbiran negara perlu dikembalikan ke tangan Barisan Nasional (BN) bagi memastikan keutuhan hubungan dua hala antara Malaysia dan Singapura dapat dikembalikan.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, hubungan antara Johor - Singapura selama ini terbina dengan berpaksikan kepada terma G2G, iaitu antara Putrajaya dan Singapura.

Keadaan itu menurut beliau, bertukar menjadi agak kurang serasi selepas pentadbiran negara beralih tangan, susulan kekalahan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Begitu juga selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor awal tahun ini, masih kurang serasi kerana kerajaan negeri ditadbir oleh BN manakala Putrajaya pula berada di bawah Perikatan Nasional (PN).

“Kerana itulah saya memperjuangkan PRN Johor diadakan pada Februari lepas supaya wujud keserasian antara negeri dan Pusat. Dan akhirnya kerajaan negeri Johor dimenangi oleh BN dan dipimpin pula Datuk Onn Ghazi, seorang pemimpin muda yang dinamik serta berkemampuan membawa negeri ini ke arah Johor Maju,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Calon BN bagi Parlimen Pulai itu berkata, beliau sedari awal sudah menjelaskan bahawa pentadbiran kerajaan negeri serta pusat perlu seiring dan sehaluan. 

“Aspirasi Kota Iskandar mesti selari dengan aspirasi Putrajaya. Barulah segala perancangan untuk kemajuan dan pembangunan sosioekonomi dapat dilaksanakan dengan efektif serta lancar.

“Misi saya yang terbantut selepas 2018 lalu adalah untuk menjadikan Johor Bharu dan Pulai sebagai hub sektor korporat berpendapatan tinggi. Satu cabang ekonomi yang bakal memberikan limpahan menyeluruh kepada komuniti peniaga, perusahaan kecil dan sederhana, perusahaan mikro, anak muda dan generasi seterusnya di Pulai,” katanya.

Mengulas lanjut Nur Jazlan berkata, kewujudan sektor korporat berpendapatan tinggi bakal menyediakan peluang perniagaan semua peringkat, termasuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

“Bila banyak peluang bisnes, secara automatik juga permintaan terhadap tenaga kerja meningkat dan golongan rakyat terutamanya orang muda ada banyak peluang kerja.

“Sebahagian besar daripada bandaraya Johor Bharu termasuk pusat bandar berada dalam kawasan Parlimen Pulai dan sudah pastinya pembangunan di Parlimen ini adalah biasan kepada kemajuan negeri Johor,” katanya.

Beliau yang juga Ketua UMNO Pulai turut melahirkan impian untuk melihat 

Johor Bahru muncul sebagai sebuah bandaraya ekonomi mampan dan berpendapatan tinggi.

“Tak perlulah rakyat Malaysia bersusah payah menyeberang Tambak Johor untuk mencari rezeki. Mereka boleh bekerja dan tinggal di daerah Johor Bahru dengan selesa.

“Bila semua peringkat dalam merasai pembahagian kek ekonomi di Parlimen Pulai, maka taraf hidup, keselesaan dan keharmonian hidup rakyat semakin baik serta terjamin. Nikmat inilah yang semakin kurang dirasai oleh rakyat di Pulai selepas bermacam-macam peluang besar gagal dimanfaatkan oleh kepimpinan Parlimen dan kerajaan negeri sebelum ini,” katanya.Pada PRU-14, Nur Jazlan tewas di tangan Datuk Seri Salahuddin Ayub (PH) dengan majoriti undi 28, 924.

Pertandingan empat penjuru itu turut melibatkan Dr Mohd Mazri Yahya (PAS) dan Yap Keng Tak (Bebas).

PRU-15 menyaksikan Salahuddin bakal mempertahankan kerusi Pulai, dan berdepan tentangan Nur Jazlan serta Loh Kah Yong yang mewakili PN. - Getaran, 7 November 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

PRK Nenggiri: BN Menang Majoriti Besar, Rampas Semula Kerusi DUN Nenggiri

2

Politik 2 bulan yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

3

Politik 5 bulan yang lalu

Zahid harap MCA Berubah Hati, Bantu Kempen PRK Kuala Kubu Bharu

4

Politik 5 bulan yang lalu

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 23 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi