web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


SPRM, Siasat Segera Dakwaan Tun M, Benarkah Ada Perjanjian Anwar - Zahid? 

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Nov 2022 5:55PM

SPRM diminta menyegerakan siasatan ke atas dakwaan dibuat mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diminta menyegerakan siasatan ke atas dakwaan dibuat mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung perjanjian yang dimeterai antara Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, hasil siasatan itu juga perlu didedahkan kepada umum kerana ia melibatkan kepentingan awam.

Menurut beliau, pendedahan dibuat Dr Mahathir semalam itu amat mengejutkan, apatah lagi ia melibatkan kepercayaan orang ramai terhadap sistem keadilan negara.

“Saya amat terkejut dan terganggu dengan kenyataan Dr Mahathir yang mendakwa terdapat perjanjian sulit antara Anwar dan Zahid.

“Ia didakwa melibatkan persetujuan untuk menggugurkan tuduhan rasuah terhadap Ahmad Zahid seandainya Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri,” katanya hari ini.

Ahmad Faizal yang juga dikenali sebagai Peja berkata, Anwar juga perlu bersetuju membebaskan mantan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak dari penjara, sebagai balasan atas jawatan Perdana Menteri.

“Perkara ini adalah serius memandangkan ia membabitkan kepentingan negara dan keyakinan pelabur terhadap Malaysia. 

“Pada masa sama, ia juga melibatkan masa depan negara, sama ada kita mematuhi kedaulatan undang-undang atau kedaulatan politik,” katanya.

Tegas calon Perikatan Nasional (PN) di Parlimen Tambun itu, rakyat berhak mengetahui kebenaran kerana Anwar adalah calon Perdana Menteri PH, malah dakwaan ini juga datang daripada negarawan dan bekas Perdana Menteri.

“Pendedahan ini juga mesti dilihat dalam konteks peristiwa yang berlaku pada September 2020. Ketika itu, Anwar secara terbuka mendakwa telah memperoleh majoriti ‘kuat dan meyakinkan’ untuk membentuk kerajaan baharu. 

“Walaupun didesak ketika itu, Anwar enggan menyatakan dari mana beliau mendapat sokongan Ahli Parlimen yang mencukupi untuk membentuk kerajaan,” katanya.

Faizal berkata, jelas pada masa itu bahawa jumlah sokongan hanya boleh diperoleh daripada Ahmad Zahid dan UMNO. 

“Hampir dua tahun kemudian iaitu pada April lepas, Anwar terlambat mendakwa bahawa beliau tidak dapat membentuk kerajaan pada September 2020 kerana enggan bersetuju untuk ‘memberi jaminan’ membebaskan mereka yang terlibat dalam tuduhan rasuah.

“Jika penjelasan terlewat ini benar, kenapa Anwar mengambil masa hampir dua tahun untuk berkata demikian? Mengapa beliau tidak mendedahkan perkara ini pada tahun 2020? Justeru itu, penjelasannya pada tahun ini adalah tidak menyakinkan,” tegasnya.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) 19 November nanti, Faizal yang bertanding di Parlimen Tambun bakal berdepan cabaran Anwar dan dua calon lain iaitu Datuk Aminuddin Md Hanafiah (BN) dan Abdul Rahim Tahir (PEJUANG). - Getaran, 7 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 2 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 2 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 1 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi