web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PRU-15: PN Tiada Modal Kempen, Guna ‘Senjata’ Politik Bersasar

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Nov 2022 6:21PM

Anwar Ibrahim - Gambar Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

AYER KEROH - Perikatan Nasional (PN) seolah-olah ketandusan modal kempen sehingga sanggup ‘memujuk’ rakyat dengan membenarkan pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara bersasar jika memenangi Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU-15).

Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan sepatutnya memikirkan cara lain untuk membantu rakyat, walaupun beliau sendiri pernah bersetuju dengan keputusan itu sebelum ini.

“Itu (KWSP) duit rakyat dan (duit) rakyat dah tinggal sikit RM10,000. Fahamlah sikit peranan kerajaan dan Perdana Menteri itu (adalah untuk) pulihkan ekonomi, hentikan kontrak tanpa tender yang dibuat oleh Perdana Menteri dahulu.

“Sama ada Ismail (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) atau Tan Sri Muhyiddin (Yassin), termasuk DNB (Digital Nasional Berhad) tidak ada tender, bocor berbilion (ringgit), kontrak-kontrak diberikan begitu banyak semasa beliau jadi Perdana Menteri.

“Itu mesti dihentikan dan boleh selamatkan berbilion-bilion ringgit,” katanya ketika ditemui media pada Program Santai Anak Muda, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang memberitahu, gabungan itu bersedia melaksanakan penilaian semula pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara bersasar, jika berjaya membentuk kerajaan selepas PRU-15.

Bagaimanapun menurut Muhyiddin, pengeluaran terbabit tertakluk kepada baki simpanan pencarum. 

Mengulas lanjut Anwar berkata, kerajaan hari ini tidak seharusnya menyusahkan rakyat walaupun beliau pernah bersetuju dengan keputusan membenarkan pengeluaran tindakan mengeluarkan KWSP sebelum ini.

“Tidak perlu menekan rakyat dari segi wang (KWSP). Mereka bawa keluar, mereka sampai tak ada (duit) dah.

“Dulu saya cadang (keluar KWSP), saya setuju peringkat awal. Dah keluar dah banyak duit. Sekarang tak ada modal (kempen) lainkah,” katanya. - Getaran, 7 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 2 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 2 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 4 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula