web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


PRU-15: Khairy Tak Perlu Ugut Saman, Cuba Mengelak Dakwaan Skandal – Ramanan

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Nov 2022 12:15PM

R. Ramanan mendakwa pesaingnya Khairy Jamaluddin mengelak daripada menjelaskan kontroversi lampau pemimpin itu dengan mengugut untuk mengambil tindakan undang-undang terhadapnya. - Gambar ihsan R Ramanan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Parlimen Sungai Buloh pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), Datuk R. Ramanan berkata, lawannya daripada Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin mengelak daripada menjelaskan kontroversi lampau pemimpin itu dengan mengugut untuk mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.

Ramanan menegaskan, beliau tidak takut disaman kerana membangkitkan skandal didakwa membabitkan Menteri Kesihatan itu, tetapi Khairy enggan menjelaskan kontroversi terbabit kepada pengundi di kawasan berkenaan.

Terdahulu, Khairy meminta Ramanan membuat tuduhan jelas supaya penyandang Ahli Parlimen Rembau itu boleh memfailkan saman fitnah.

“Jangan kita teruskan isu siapa akan saman siapa. (Khairy sepatutnya) jawab dakwaan itu,” kata Ramanan kepada The Vibes ketika ditemui selepas ceramah di Jalan Bukit Badak di sini, semalam.

Semasa ceramahnya di Paya Jaras kelmarin, Ramanan berkata, Khairy pernah dikenali sebagai ‘penganggur terkaya’ di negara ini, semasa bapa mentuanya, Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri.

Justeru, katanya, mantan Menteri Belia dan Sukan itu sepatutnya menjawab mengenai skandal ECM Libranya kerana walaupun ia membabitkan nilai RM14 juta, masih tiada penjelasan berhubung perkara terbabit.

Pada tahun 2005, Khairy membeli 13 juta saham ECM Libra pada harga diskaun RM9.2 juta daripada tiga pemegang saham, sekali gus mengundang kritikan dan tuduhan wujud konflik kepentingan, memandangkan Abdullah adalah Perdana Menteri serta Menteri Kewangan pada masa itu.

Malah, Ramanan mendakwa, skandal Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Khairy berjumlah RM107 juta dan skandal UKSB (Ultra Kirana Sdn Bhd) berjumlah RM70 juta masih belum dijelaskan sehingga kini.

Sebagai jawapan, calon BN itu menegaskan beliau telah menjelaskan semua dakwaan itu kepada Jawatankuasa Kira-kira Negara (PAC) dan Parlimen serta melakukannya secara terbuka berkali-kali.

Bagaimanapun, Ramanan mengulangi pendiriannya bahawa Khairy perlu menjelaskan kontroversi itu demi kepentingan pengundi.

“Sebagai contoh, kita (dalam PH) sudah isytihar harta kita, tetapi dia tidak. Menurutnya, dia sudah isytihar harta kepada Perdana Menteri. Ini pengundi Sungai Buloh (yang mahu penjelasan), jadi beri penghormatan sewajarnya. Beritahu orang ramai (kebenaran). Apa kamu sembunyikan?"

“Dia (Khairy) tidak menjawab apa-apa. Apa yang kita mahu hanyalah justifikasi daripadanya. Saya rasa saya tidak perlu menunggu dia menyaman saya, saya mungkin menyamannya kerana dia mungkin tidak bercakap benar,” – The Vibes, 8 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

‘Genosid Dah Ada Sejak Berpuluh Tahun Wahai KJ’ - Netizen

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Dituduh Buat Gangguan Seksual, Qawiy Dicabar Sumpah Laknat Jika Benar Ia Fitnah

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Sidang Dewan Rakyat: Ahli Parlimen Lafaz Ikrar Rukun Negara

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Isu Berkaitan LTAT, Usaha Lindungi Undang-Undang Syariah Jadi Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

Sorotan

1

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

2

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

3

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

4

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

5

Kemenangan Saravanan Bukti Beliau Diperlukan Semua Ahli - Arvind

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Ramlan Harun Dilantik Pengerusi SPR Baharu

oleh Wartawan Getaran

Sukan 9 jam yang lalu

Altimet Tawar Bantu Bayar Denda Selangor FC

Semasa 10 jam yang lalu

Warga Emas Maut Dipercayai Dibunuh Anak OKU Mental

Semasa 1 hari yang lalu

Konsert Double Trouble 2 : Bekas Penolong Pengurus Dituduh Minta, Terima Rasuah