web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tiada Perbincangan Bentuk Kerajaan Campuran Bersama PH - Ismail Sabri

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Nov 2022 7:13PM

Ismail Sabri beramah mesra dengan penduduk di Durian Tunggal. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR GAJAH - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan, tidak wujud sebarang perbincangan bersama Pakatan Harapan (PH) untuk mewujudkan kerajaan campuran, sekiranya tiada gabungan parti mendominasi dua pertiga kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Bagaimanapun, beliau memaklumkan, perkara itu bergantung kepada keputusan kepimpinan tertinggi UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk melaksanakannya.

“Keputusan besar (gabung) seperti ini, parti (UMNO dan BN) perlu buat keputusan tak boleh secara individu nak PKR, Perikatan Nasional (PN) atau PH ke,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas program ramah mesra bersama penduduk di Durian Tunggal di sini, hari ini.

Ismail Sabri berkata, beliau tidak menolak kemungkinan negara sekali lagi berdepan dengan kerajaan campuran, sekiranya tiada mana-mana gabungan parti mampu mendominasi kerajaan pada PRU-15.  

“Kalau tiada satu parti (gabungan) yang dapat dua pertiga (majoriti mudah), sudah tentu kita akan bentuk kerajaan campuran, kalau tidak, Parlimen tergantung.  

“Sebab itulah kita tak tahu ada parti mempunyai majoriti mudah, namun saya setuju kalau tidak ada parti mendapatnya secara bersendirian untuk bentuk kerajaan, memang kena ada campuran,” katanya.  

Dalam pada itu, Ismail Sabri enggan mengulas mengenai ura-ura akan ada perbincangan untuk menarik semula mantan Ketua UMNO Bahagian Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim ke dalam parti berkenaan selepas PRU-15.  

“Tunggu lepas pilihan raya. Terlalu awal nak buat spekulasi. Tunggu BN menang dahulu.

“Selepas itu, baru boleh cerita siapa nak jadi menteri, mahupun timbalan menteri,” katanya.  

Ditanya berkenaan bayaran gaji awal kepada penjawat awam dan cuti khas, Ismail Sabri menegaskan, perkara itu akan diumum dalam masa terdekat.  

“Tunggu saya umumlah, surat khabar ada (beri) bayangan, tunggu maklumat terperinci yang akan diumumkan kemudian,” katanya. - Getaran, 9 November 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

YB Awie Ikrar Berkhidmat Tanpa Kira Warna Politik

2

Politik 1 bulan yang lalu

PRK Nenggiri: BN Menang Majoriti Besar, Rampas Semula Kerusi DUN Nenggiri

3

Politik 1 bulan yang lalu

Peluang PN Cerah Di PRK Nenggiri - Penganalisis

4

Politik 3 bulan yang lalu

Kesepakatan BN, PH Bolehkan Jentera Parti PRK Sungai Bakap Berjalan Lancar

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan