web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ismail Sabri Pesan Pengundi Awal Buat Pilihan Tepat

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Nov 2022 9:00AM

Ismail Sabri (tiga, kiri) hadir pada Majlis Sembang Santai Anak Muda Kuala Selangor sempena Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) di Bandar Puncak Alam semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA SELANGOR - Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berpesan kepada semua pengundi awal yang mengundi esok supaya membuat pilihan tepat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dengan memilih kerajaan yang dapat membawa kestabilan.

Beliau berkata tempoh mentadbir negara selama 22 bulan di bawah Pakatan Harapan (PH) menunjukkan kegagalan pihak pembangkang dalam mentadbir negara.

“Apa yang jelas mereka (PH) gagal melaksanakan apa yang mereka bentangkan sebelum PRU, akhirnya manifesto tidak dapat mereka laksanakan.

“Pesanan saya bahawa pengundi awal perlu membuat pilihan tepat dalam memilih calon Parlimen atau Dewan Undangan Negeri. Saya harap mereka tidak tersilap dalam memilih, pilihlah parti yang boleh membawa kestabilan.

“Cukuplah sekali dulu kita dah cuba dan ramai rakyat merasakan bahawa kalau ada parti baharu mungkin boleh bawa perubahan tetapi ternyata lebih buruk dan akhirnya memusnahkan segala yang kita rancang,” katanya  kepada pemberita di sini, malam tadi.

Beliau berkata demikian ketika hadir program Santai Anak Muda Kuala Selangor di Puncak Alam, dekat sini yang turut dihadiri calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Kuala Selangor, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Dalam pada  itu, Tengku Zafrul berkata anak muda di Kuala Selangor perlu membantu BN memenangi kerusi Parlimen itu bagi memastikan segala perkara yang dirancang dalam Bajet 2023 dapat direalisasikan terutamanya inisiatif untuk golongan berkenaan.

“Kita umum macam-macam untuk anak muda ... termasuk bantuan e-dompet, bukan RM30 tapi RM200,” katanya.

Beliau berkata manifesto BN di Kuala Selangor juga menjanjikan penyediaan hab belia untuk golongan itu melakukan aktiviti sihat selain memastikan kawasan berkenaan mendapat liputan rangkaian 4G dan 5G. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

PRK Nenggiri: BN Menang Majoriti Besar, Rampas Semula Kerusi DUN Nenggiri

2

Politik 5 bulan yang lalu

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Helikopter Milik APMM Terhempas Di Kuala Selangor

4

Ekonomi 7 bulan yang lalu

 Malaysia Ratifikasi Perjanjian WTO Mengenai Subsidi Perikanan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 20 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 12 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 20 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi