web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PRU-15 Bermula, 4 Gabungan Politik Rebut Tempat Tadbir Negara

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Nov 2022 7:30AM

Sejumlah 8,958 pusat mengundi, termasuk di Sabah dan Sarawak, yang dibuka 30 minit lebih awal, tanda bermulanya PRU-15. - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Proses Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) bermula pagi ini, dengan pembukaan 8,958 pusat mengundi, termasuk di Sabah dan Sarawak, yang dibuka 30 minit lebih awal. 

Turut diadakan serentak adalah Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya di Sabah.

Disifatkan sebagai paling sengit dalam sejarah, PRU-15 dikendalikan 363,515 petugas, melibatkan 38,348 saluran.

Ia disertai empat gabungan parti politik utama terdiri daripada Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN) dan Gerakan Tanah Air (GTA) untuk menentukan kerajaan baharu yang bakal mentadbir negara.

Untuk Semenanjung Malaysia, tempoh mengundi ditetapkan pada jam 8 pagi hingga 6 petang, manakala 7.30 pagi hingga 5.30 petang untuk penduduk Sabah dan Sarawak.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 20 Oktober lalu mengumumkan, PRU-15 merekodlan 22,173,638 pengundi berdaftar di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, 1,393,549 ialah pemilih berusia 18 hingga 20 tahun yang mengundi buat kali pertama.

Daftar Pemilih yang dikemaskini sehingga 9 Oktober merekodkan, 86,914 pengundi disahkan berusia 90 tahun ke atas.

Pengundi dalam lingkungan usia 21 hingga 29 tahun pula dicatatkan seramai 4,614,429 manakala peringkat usia 30 hingga 59 tahun merekodkan bilangan 11,354,094.

Pengundi warga emas pula berjumlah 3,724,652. - Getaran, 19 November 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 6 bulan yang lalu

Mesyuarat Khas PRK Kuala Kubu Baharu 4 April Depan - SPR

2

Politik 10 bulan yang lalu

PRK Kemaman: PEJUANG Tidak Letak Calon

3

Politik 10 bulan yang lalu

PRK Kemaman: 400 Calon Muet Dinasihat Keluar Awal

4

Politik 10 bulan yang lalu

BN Bukan Tempat Sesuai Buat Raja Mohamed Affandi - Sanusi 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Politik 3 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'