web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


3 Sekawan Teruja Mengundi, Kalau Tak Undi Maknanya Tak Amanah

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Nov 2022 12:31PM

Tanggungjawab untuk menentukan masa depan negara turut dipikul golongan muda. - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keinginan menebal untuk melihat negara diperintah pemimpin berwibawa adalah faktor yang mendorong tiga sekawan keluar mengundi untuk Parlimen Bandar Tun Razak, hari ini.

Seronok bergelar pengundi kali pertama, ketiga-tiga mereka mengakui bangga kerana berpeluang menjadi sebahagian daripada sejarah.

Sara Nur Marcella bangga menunjukkan jari berdakwat tanda sudah mengundi. - Gambar oleh Sophia Ahmad
Sara Nur Marcella bangga menunjukkan jari berdakwat tanda sudah mengundi. - Gambar oleh Sophia Ahmad

Sara Nur Marcella Mohd Ramesh, 18, berkata, peluang mengundi tidak akan dilepaskan kerana ini adalah satu-satunya cara untuk memilih pemimpin dikehendaki.

Penuntut Diploma Komunikasi Massa Universiti Selangor (UNISEL) itu berkata, tidak ada alasan untuk enggan menunaikan tanggungjawab tersebut.

“Saya nak tunaikan hak sebagai rakyat Malaysia memilih pemimpin yang saya fikir mampu menjaga rakyat.

“Saya memang tak sabar (untuk) mengundi dan bangun awal pagi untuk pergi bersama rakan,” katanya kepada Getaran ketika ditemui di sini, hari ini.

Bimbang tersalah membuat pilihan, gadis yang mesra disapa sebagai Sara Nur mengaku membuat carian di Google untuk menyelidiki latar belakang semua calon bertanding.

“Saya search di Google dulu dan akhirnya putuskan calon mana akan dipilih berdasarkan pencapaian ditunjukkan,” katanya.

Di kala rakan-rakan lain berdebar kerana bakal mengundi buat kali pertama, Aisyah Izzati Mohd Yunos, 18 pula merasa sebaliknya.

Dia bagaimanapun mengakui teruja dengan kesempatan tersebut dan berterima kasih atas kelulusan Undi18 oleh kerajaan.

“Saya tak berdebar, rasa biasa sahaja. Tapi memang excited sebab pertama kali. Biasanya dengar cerita ibu bapa saja,” katanya sambil tertawa.

Ditanya harapan terhadap calon dipilih, pekerja sambilan di restoran makanan segera itu memberitahu, siapapun yang bakal mentadbir negara perlu menunaikan semua janji dibuat.

“Saya harap pemimpin ni semua tak lepas tangan dan betul-betul bantu rakyat.

“Janganlah biarkan rakyat sengsara. Bukankah kebajikan kami tanggugjawab mereka,” katanya.

Amirun Nasrin dan Aisyah Izzati kedua-duanya berharap calon dipilih akan menunaikan janji dibuat kepada pengundi. - Gambar Sophia Ahmad
Amirun Nasrin dan Aisyah Izzati kedua-duanya berharap calon dipilih akan menunaikan janji dibuat kepada pengundi. - Gambar Sophia Ahmad

Pendapat senada disuarakan Mohd Amirun Nasrin Samsudin, 18, yang berharap kebajikan penduduk setempat akan terus diberi perhatian.

“Saya tahu calon pilihan saya seorang yang jujur menjalankan tugas. Saya harap beliau akan kekal begitu jika terpilih sebagai pemenang,” katanya dengan penuh harapan.

Diminta mengulas tindakan segelintir rakan-rakannya yang enggan mengundi, Amirun Nasrin berkata, mereka telah mensia-siakan peluang diberi dan gagal menunaikan amanah.

“Pada saya mereka tak amanah. Sudah diberi tanggungjawab dan tugas, tapi tak mahu pula laksanakan.

“Selepas ni saya harap mereka tak merungut lagi pasal kerajaan. Kalau tak undi tak layak nak komplen apa-apa,” tegasnya.

Parlimen Bandar Tun Razak menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PH), Datuk Kamarudin Jaffar (PN) dan Datuk Chew Yin Keen (BN).

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), kawasan berkenaan dimenangi Kamarudin yang ketika itu bertanding di bawah tiket PKR dengan majoriti undi 19,930. - Getaran, 19 November 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 3 bulan yang lalu

Rocky Din Terharu Berpeluang Rakam Semula Lagu 'Marilah Mengundi'

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Inapan Rahmah @IYCResidence Tawar Sewa RM10 Sehari Kepada Belia, Pencari Kerja

3

Politik 1 tahun yang lalu

Warga Emas Meninggal Dunia Sebelum Sempat Mengundi

4

Politik 1 tahun yang lalu

PRN Capai Kemuncak, Lebih 9.67 juta Pemilih Tunai Tanggungjawab

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 3 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 3 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'