web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


ADUN Banting Nafi DAP Parti Anti-Islam, Melayu

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Nov 2022 9:14PM

DAP bukan sebuah parti anti Islam atau anti Melayu, kerana mereka berkhidmat untuk semu pihak. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - DAP bukan sebuah parti anti Islam atau anti Melayu, kerana mereka berkhidmat untuk semu pihak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Banting, Lau Weng San berkata, sentimen diterima itu adalah cabaran terbesar parti berkenaan ketika ini.

“Semua itu adalah dakyah palsu pihak lawan dan fitnah untuk mewujudkan persepsi negatif terhadap DAP, khususnya terhadap kaum Melayu dan agama Islam.

“DAP tidak pernah sama sekali mengatakan (membincangkan) dasar atau perkara tersebut malah kita beri sokongan (untuk kemudahan umat Islam) di setiap DUN yang parti wakili,” katanya ketika sesi perbahasan Belanjawan 2023 di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan ADUN Templer, Mohd Sany Hamzan yang ingin mengetahui perasaan wakil rakyat daripada DAP itu apabila wujud dakwaan kononnya gabungan Pakatan Harapan (PH), khususnya DAP akan menghapuskan Islam.

Weng San berkata, partinya sentiasa menyokong dasar dan inisiatif yang disediakan oleh kerajaan negeri Selangor agar ia mampu dinikmati dan memberi keselesaan terhadap komuniti tersebut.

“Kita ada di dalam DUN setiap tahun kita luluskan bajet (Belanjawan), tidak pernah sesekali Ahli (DUN) DAP menolak, malah kita memberikan hujah (yang mampu memberi kebaikan kepada umat Islam).

“Kita akan sentiasa menyokong kerana ia dapat digunakan untuk pembangunan ummah Islam di kawasan kita,” katanya. - Getaran, 29 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

DAP Ketandusan Pemimpin India

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Pengganti Chow Kon Yeow Di Pulau Pinang Jadi Tanda Tanya

3

Semasa 3 bulan yang lalu

‘Lihat Sendiri Jumlah Permohonan Yang Diterima, Bukan Semua Orang Cina!’ - Syahredzan

4

Politik 5 bulan yang lalu

Zahid harap MCA Berubah Hati, Bantu Kempen PRK Kuala Kubu Bharu

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 57 minit yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 6 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 51 minit yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan