web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ahli Parlimen PN Jadi 'Katak' Jika Tiada Akta Anti Lompat Parti 

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Dec 2022 4:00PM

Mohd Puad mendakwa situasi itu pasti akan berlaku berikutan sebahagian pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) gemar bertukar parti politik. - Gambar Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lebih ramai Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) akan bertukar parti sekiranya Akta Anti Lompat Parti tidak diluluskan kerajaan dipimpin mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. 

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mendakwa situasi itu pasti akan berlaku berikutan sebahagian pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) gemar bertukar parti politik. 

"Tanpa akta itu, ramai Ahli Parlimen PN akan lompat parti. Apatah lagi ramai Ahli Parlimen PN adalah bekas pelompat parti. 

"Sepatutnya, PN berterima kasih kepada Barisan Nasional (BN). Akta itu digubal dan diluluskan semasa BN jadi Perdana Menteri," katanya menerusi hantaran di Facebook miliknya, hari ini. 

Mengulas lanjut, Puad berkata, perkara itu dapat dibuktikan apabila PN tidak dapat menghalang Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

“Padahal beberapa Ahli Parlimen GRS adalah ahli BERSATU yang menganggotai PN,” katanya. 

Puad berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Wan Saiful Wan Jan yang berbangga PN berprinsip kerana sanggup menjadi pembangkang.

Menurut Wan Saiful, hanya PN layak bercakap mengenai prinsip sedangkan PH dan BN kini semakin hilang arah tuju kerana kuasa.

Beliau berkata, generasi baharu mahukan saf kepimpinan politik yang mendahulukan rakyat dan memperjuangkan prinsip.

Jelasnya, PN berjaya meraih kepercayaan kaum Melayu dan bukan Melayu di kawasan bandar, justeru menjadi gabungan terbaik bagi menggantikan BN ketika ini.

Sementara itu, Mohd Puad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit berkata, penyertaan BN dalam kerajaan perpaduan adalah berasaskan kepercayaan.

Sebaliknya, tegas beliau, Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerima sokongan BN dalam kerajaannya sebelum ini dengan niat dendam.

"Muhyiddin terima sokongan BN dalam kerajaannya dengan niat dendam. Dia mahu membunuh UMNO.

"Sebab itu Muhyiddin boleh jadi Perdana Menteri (selama) 17 bulan sahaja. Silap sendiri. Scheme of things gagal. Tiada berkat," katanya. - Getaran, 1 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

PRK Nenggiri: BN Menang Majoriti Besar, Rampas Semula Kerusi DUN Nenggiri

2

Politik 2 bulan yang lalu

6 Bekas Ahli Parlimen BERSATU Jadi Wakil Rakyat Bebas

3

Politik 2 bulan yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

4

Politik 5 bulan yang lalu

Zahid harap MCA Berubah Hati, Bantu Kempen PRK Kuala Kubu Bharu

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 48 minit yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 54 minit yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok