web statsweb stats

Berita Terkini

16 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Beri Bayangan Ada Politik Wang, Fahmi Gesa MB Kedah Segera Disiasat

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Dec 2022 9:49AM

Fahmi Fadzil berkata, kenyataan Muhammad Sanusi Md Nor itu seolah-olah memberi bayangan bahawa pengundi blok berkenaan telah diberi ganjaran berbentuk wang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) bulan lalu - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Siasatan segera perlu dilakukan ke atas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, susulan kenyataan dibuatnya mengenai penyokong Perikatan Nasional (PN).

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, kenyataan Sanusi itu seolah-olah memberi bayangan bahawa pengundi blok berkenaan telah diberi ganjaran berbentuk wang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) bulan lalu.

Menurut beliau, perbuatan berkenaan cuba diselindungkan sebagai dana untuk rakyat Kedah pulang mengundi, namun ia dikesan berulang untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Padang Serai.

“Saya ingin memberi sedikit komentar berkenaan satu rakaman video yang menunjukkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri (Mohamad) Sanusi berkata yang seolah-olah memberi bayangan bahawa pengundi-pengundi pada PRU-15 yang lalu telah diberi ganjaran atas undi mereka.

“Duit ya, RM50, RM100, sama ada cuba diselindungi sebagai dana balik mengundi tetapi ia berulang dalam konteks PRK Padang Serai,” katanya menerusi ciapan video di Twitter.

Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata, kenyataan dibuat Sanusi amat berbahaya kerana ia memberi petunjuk bahawa politik wang kembali berleluasa.

“Saya percaya kenyataan beliau itu sangat bahaya, wajar disiasat oleh PDRM (Polis Diraja Malaysia) dan SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) kerana yang saya risaukan ialah politik wang semakin menjadi-jadi dan seakan-akan dihalalkan dengan terma atau takrif.

“Tapi kita tahu ia sebenarnya adalah satu bentuk sogokan supaya pengundi pilih satu-satu parti. Jadi saya pohon pihak berkuasa mengambil tindakan segera menyiasat YAB Datuk Seri Sanusi,” katanya.

Sanusi menerusi ucapan pada Ceramah Jelajah PN Padang Serai beberapa hari lalu berkata, adalah tidak wajar penyokong PN menuntut ganjaran atas undi diberikan.

Tegas Pengerusi PN Kedah itu, pengundi sepatutnya mencontohi perilaku penyokong Pakatan Harapan (PH) yang tidak pernah meminta sebarang balasan walaupun perlu pulang dari luar negara.

“Undi kita penting, jangan berkira duit minyak RM50, RM100 atau RM200. Yang lawan kita balik dari Taiwan, China, Singapura, Amerika Syarikat dan Australia, duit tambang sekupang (sesen) pun tak minta.

“Dia undi PH, dia jahanamkan kita. Hampa (kamu) RM50 riuh merata, minta merata buat video dan tunjuk kat orang, buat malu. Kawan tu balik habis puluh ribu, sekupang dia tak minta pasai (kerana) dia tau penting tanah ini untuk dikuasai. Kita bodoh, ligan (kejar) wakil rakyat minta RM50, tak bagi, tak mau balik dah. Hang bodoh, negeri ini orang nak ambik dah,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Fahmi yang juga Ketua Penerangan PKR berjanji akan mengambil tindakan segera ke atas akaun milik seorang individu, dikenali sebagai Reza Razali.

Menggunakan akaun @_rezarazali_, individu terbabit dikesan memuat naik ciapan berunsur hasutan, termasuk mendakwa DAP menggunakan portfolio Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan sebagai agenda untuk menakluk negara. 

Dakwanya, individu bukan Islam akan menyusun strategi untuk menguasai setiap lorong, jalan, taman perumahan, kampung, mukim, daerah, negeri dan negara menerusi portfolio berkenaan. - Getaran, 5 Disember 2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 18 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 17 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki