web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PN Menang Besar Kerusi Parlimen Padang Serai 

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Dec 2022 10:07PM

Azman Nasrudin (tengah) ketika tiba di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Kompleks Sukan Kulim Hi-Tech malam ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perikatan Nasional (PN) berjaya memenangi kerusi Parlimen Padang Serai dengan majoriti besar iaitu sebanyak 16,260 undi.

Keputusan rasmi itu diumumkan pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Ini bermakna calon PN, Datuk Azman Nasrudin berjaya merampas kawasan berkenaan daripada Pakatan Harapan (PH) yang memenangi kerusi terbabit pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu.

Beliau memperoleh 51,637 undi untuk menewaskan calon Pakatan Harapan (PH), Dr Mohamad Sofee Razak yang meraih 35,377 undi. 

Calon Barisan Nasional (BN), Datuk C Sivarraajh yang memberi laluan kepada PH pula menerima 2,983 undi, calon Bebas Sreanandha Rao (846), dan calon Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Hamzah Abd Rahman mendapat 424 undi. 

Calon Parti WARISAN, Mohd Bakhri Hashim yang turut menarik diri menerima 149 undi.

Sebelum ini, Sivarraajh dan Mohd Bakri telah memberi peluang kepada calon PH untuk meningkatkan peluang kemenangan susulan penyertaan blok itu dalam kerajaan perpaduan, tetapi namanya masih tertera di kertas undi.

Menurut SPR, status calon tidak boleh diubah selepas pencalonan mereka diterima. 

Pengundian di Parlimen Padang Serai, hari ini dilakukan di 46 pusat mengundi dan 230 saluran, melibatkan 132,955 pengundi.

PRU-15 di Parlimen Padang Serai terpaksa ditangguhkan susulan kematian calon yang disahkan bertanding iaitu M Karupaiya dari PH. 

Karupaiya, 69, meninggal dunia pada 16 November dipercayai akibat serangan jantung dan komplikasi kesihatan. - Getaran, 7 Disember 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 9 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 3 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan