web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Annuar Dipelawa Sertai BERSATU, ‘Jom Hijrah Tan Sri Demi Perjuangan…’

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Dec 2022 5:01PM

Dr Muhammad Faiz Na’aman berkata, keberadaan Annuar dalam memperjuangkan 'Alif Baa Taa' bersama UMNO tidak membuahkan hasil apabila jasa beliau tidak dihargai pimpinan tertinggi parti itu - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Sudah tiba masanya mantan Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa yang dipecat oleh UMNO hanya kerana kelantangan beliau mendedahkan salah laku Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhijrah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU, Dr Muhammad Faiz Na’aman berkata, keberadaan Annuar dalam memperjuangkan 'Alif Baa Taa' bersama UMNO tidak membuahkan hasil apabila jasa beliau tidak dihargai pimpinan tertinggi parti itu. 

Menurut beliau, BERSATU sentiasa membuka ruang serta mengalu-alukan penyertaan mantan Ketua UMNO Bahagian Keterah itu untuk bersama partinya dalam memperjuangkan agama, bangsa dan negara.

“Hijrah bukan perkara asing bagi ahli politik yang tidak sehaluan dengan perjuangan partinya. Hijrah adalah satu fitrah biasa bagi umat Islam.

“Tan Sri Annuar Musa, jom hijrah ke Perikatan Nasional (PN) demi meneruskan perjuangan Alif Baa Taa.

“Sebagai orang muda yang baharu dalam arena politik, saya ikhlas pelawa Tan Sri,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Semalam, mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) dipengerusikan Ahmad Zahid memutuskan untuk memecat keahlian Annuar bersama dua Ketua Wanita UMNO Bahagian yang lain.

Mereka ialah Ketua Wanita UMNO Bahagian Arau, Datin Seri Shamsiah Yasin yang juga isteri kepada Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Ketua Wanita UMNO Maran, Datin Seri Fatimah Kassim, isteri kepada Ahli Parlimen Maran, Datuk Ismail Abdul Muttalib.

Bagaimanapun, setakat ini belum ada kenyataan rasmi daripada ketiga-tiga mereka yang dipecat, kecuali Annuar menerusi status terbaru di Facebooknya menceritakan mengenai mimpi ‘rumah pusakanya’ terbakar.

Dalam hantaran tersebut, Annuar mendakwa beliau bermimpi rumah pusaka didiaminya terbakar pada malam Jumaat.

Katanya, beliau mengesyaki kebakaran itu berpunca daripada tindakan terdapat individu yang bermain ‘switch’ sehingga menyebabkan berlaku litar pintas atau wayar elektrik terputus.

‘Rumah’ yang disebut Annuar dipercayai merujuk kepada UMNO yang kini mula ditolak rakyat kerana sanggup melanggar prinsip parti demi membentuk kerajaan perpaduan dengan Pakatan Harapan (PH).

Mengulas lanjut, Dr Muhammad Faiz memuatnaik status sindiran kepada pimpinan UMNO supaya memecat lagi ahlinya supaya parti itu tidak mempunyai pemimpin lagi.

“Ya, pecat lagi. Silakan. Dahlah puak kamu nyawa-nyawa ikan hingga melutut ke pangkuan DAP pasca PRU-15. 

"Ini, kamu kecil dan ranapkan lagi dengan buang orang sendiri. Bagus,” katanya. - Getaran, 9 Disember 2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 3 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 3 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan