web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sim Lupakan Sengketa, Mahu Bekerja Erat Bersama Ahmad Maslan

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Dec 2022 6:06PM

Dua Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan dan Steven Sim Chee Keong berswafoto bersama selepas Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia Timbalan Menteri Persekutuan - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Kewangan, Steven Sim Chee Keong mahu melupakan sengketa dengan rakan sejawatnya, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Mertajam memberi jaminan akan menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong untuk melaksanakan tugas diberi.

Sim turut melontarkan semangat kerjasama tersebut menerusi sebuah pantun yang antara lain, mengandungi ikrar untuk bekerjasama dengan Setiausaha Agung UMNO itu.

“Sekarang dah 2022 nak masuk 2023, kita jalan teruih (terus) demi pertiwi.

“Sama-sama dayung bahtera, Dayung arah kota permata, sama-sama bangun negara, junjung titah lupa sengketa.

Let’s work together (ayuh kita bekerjasama) Datuk Seri,” katanya yang turut berkongsi gambar beliau bersama Ahmad di media sosial. 

Sim pada 2015 pernah memberitahu, tugasnya adalah untuk merutuhkan kerajaan yang dianggotai oleh Ahli Parlimen Pontian itu.

“Saya hanya ada satu kerja; menjatuhkan kerajaan yang terdiri daripada orang seperti Ahmad Maslan,” ciap beliau. 

Ciapan tersebut tular semula selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Sim dan Ahmad dilantik sebagai Timbalan Menteri Kewangan.

Semalam, 27 timbalan menteri mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara di sini.

Kesemua timbalan menteri itu melafazkan ikrar sumpah jawatan dan taat setia sebelum menandatangani dokumen rasmi pelantikan dengan disaksikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali. - Getaran, 11 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

2

Politik 10 bulan yang lalu

UMNO Tidak Perlu Pujuk Ahli Parlimen Pembangkang Sokong PM - Ahmad Maslan

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Kastam Kelantan Rekod Hasil Hampir RM100 Juta Setakat Julai - Ahmad

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Nilai Aset Kerajaan Persekutuan Melebihi RM1 Trilion Setakat Ini - Ahmad

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 4 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 10 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan