web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jangan Sekat! Semua Jawatan Dalam UMNO Wajar Dipertandingkan

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Dec 2022 4:11PM

Ahmad Zahid membenarkan jawatan Presiden dipertandingkan pada 2018. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Semua jawatan dalam UMNO termasuk Presiden dan Timbalan Presiden wajar dipertandingkan pada pemilihan parti itu tahun depan.

Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin berkata, sebarang usaha menghalang pemilihan parti akan merencatkan lagi demokrasi parti itu.

Menurut beliau, dakwaan bahawa dua jawatan tertinggi itu tidak dipertandingkan adalah tidak wajar direalisasikan berikutan UMNO bukanlah parti keluarga yang mempunyai lebih tiga juta ahli.

“Hari demi hari, semakin kuat kedengaran ura-ura satu usul khas akan dibahas seterusnya diluluskan dalam perhimpunan tersebut, iaitu jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan dalam Pemilihan UMNO akan datang.

“Saya melihat kenyataan beberapa pemimpin UMNO di peringkat bahagian antaranya, Beruas, Sungai Besar dan Pasir Salak secara jelas menyebut tidak mahu dua jawatan itu dipertandingkan tahun depan, mahupun secara samar cadangkan sebegitu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata, mana-mana pihak mahupun individu tidak seharusnya menyekat amalan demokrasi yang telah lama subur dalam UMNO.

“Soal sama ada UMNO menang atau kalah pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) tidak timbul kerana pemilihan tetap akan dibuat demi akur akan arahan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).

“Jika dulu sebelum PRU-15 kita tidak mengadakan pemilihan atas alasan tidak mahu perpecahan dalam parti dan fokus PRU, sekarang pun tidak boleh? Habis bilanya nak ada pemilihan parti,” soalnya.

Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz turut senada dengan Muhamad Muqharabbin berhubung perkara tersebut, sambil menegaskan tiada pihak seharusnya menyekat amalan demokrasi yang sudah lama subur dalam parti.  

Tegas beliau, UMNO adalah parti tunjang orang Melayu yang mengangkat amalan demokrasi perlu lebih terbuka dan menjadi contoh kepada parti lain dengan membenarkan pemilihan semua jawatan yang dipertandingkan.

“Kita sepatutnya bergerak ke depan, bukan ke belakang dengan cadangan lapuk yang langsung tidak menggambarkan UMNO sebuah parti yang menjunjung amalan demokrasi.

“Sekiranya benar ada usaha untuk menghalang pemilihan jawatan tertentu dalam parti, nampaknya UMNO semakin hilang arah dan identiti perjuangan. Ia juga bakal menjadi satu lagi episod hitam UMNO selepas prestasi buruk kita pada PRU-15 lalu,” katanya.

Malah Nazri berkata, jika terdapat usaha menghalang jawatan tertentu tidak dipertandingkan, UMNO akan menjadi sebuah parti yang tidak lagi demokratik.

Mantan Menteri Pelancongan itu turut menyifatkan pihak yang mencadangkan agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak dipertandingkan dalam pemilihan parti, seolah-olah memandang rendah keupayaan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Mohamad Hasan.

Katanya, kedua-dua pemimpin berkenaan sudah membuktikan kehebatan masing-masing dengan memenangi pemilihan lalu tanpa sebarang jawatan dalam kerajaan.

“Masa jadi pembangkang boleh ada pertandingan, bila dah jadi kerajaan tidak mahu ada pertandingan, tidak cerdik sangat cadangan ini? Mereka ini semua anggap Zahid macam tidak ada maruah.

“Kena ingat, Zahid adalah orang yang membenarkan jawatan Presiden dipertandingkan pada 2018, beliau berani dan kerana keberanian itu beliau menang kerana ahli UMNO mahu amalan demokrasi dalam parti subur,” katanya.

Tambahnya, pihak yang mencadangkan agar jawatan nombor satu dan dua dalam UMNO tidak dipertandingkan perlu melihat keberanian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam menguji keabsahannya.

“Kita sekarang sudah bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH), satu kerjasama yang pernah saya cadangkan pada 2019 hingga saya diperlekehkan oleh sesetengah pihak yang sekarang menyokong usaha ini.

“Bila kita sokong dan adakan kerjasama sepatutnya kita contohi juga amalan demokrasi dalam parti PH macam PKR dan DAP yang berani buat pemilihan sebelum PRU-15 yang lalu.

“Mereka suburkan amalan demokrasi dalam parti tetapi kita ada pula yang masih berfikiran 30 tahun ke belakang, mahu jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan,” katanya.

Pada 29 Julai lalu, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) telah meluluskan permohonan UMNO berkaitan Perlembagaan parti itu dengan sedikit pindaan.

RoS bersetuju kepada pindaan perlembagaan UMNO supaya pemilihan parti itu di semua peringkat diadakan tidak melebihi enam bulan selepas sesuatu PRU-15 diadakan. - Getaran, 25 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

2

Politik 4 bulan yang lalu

Tubuh Jawatankuasa Pantau Janji PRK, Elak Retorik Lama - Santhara

3

Politik 4 bulan yang lalu

Pengundi India Tetap Akan Sokong PH Walaupun Kecewa - Sivarraajh

4

Politik 5 bulan yang lalu

Zahid harap MCA Berubah Hati, Bantu Kempen PRK Kuala Kubu Bharu

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 11 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 5 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 4 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan