web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tiada Keperluan Pilihan Raya Senator Diadakan - Pakar

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jan 2023 7:03AM

Walaupun 26 daripada 70 ahli Senator itu terdiri daripada wakil yang dilantik setiap kerajaan negeri, jumlah selebihnya adalah berdasarkan kepada lantikan oleh Yang di-Pertuan Agong - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Cadangan pemilihan Senator melalui pilihan raya dilihat mampu mengetepikan tujuan sebenar fungsi Dewan Negara ditubuhkan, iaitu melindungi kepentingan negeri dan kumpulan minoriti di Malaysia.

Pakar Perlembagaan dan Undang-Undang, Profesor Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata, walaupun 26 daripada 70 ahli Senator itu terdiri daripada wakil yang dilantik setiap kerajaan negeri, jumlah selebihnya adalah berdasarkan kepada lantikan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Menurut beliau, pelantikan Senator oleh Seri Paduka Baginda kebiasaannya terdiri daripada golongan profesional yang memiliki kepakaran serta mampu mewakili kaum minoriti, selain mempunyai kebolehan menjaga kepentingan Orang Asli.

“Pilihan raya memilih Ahli Senator dalam konteks sebuah kerajaan menggunakan sistem Westminster memang tidak pernah berlaku cuma kalau nak ubah (Malaysia) dan ikut seperti Amerika Syarikat (AS) yang telah melaksanakannya, kita kena tahu apakah rasional ia dilaksanakan.

“Kalau nak lantik Senator melalui pilihan raya, seolah-olah telah mengetepikan tujuan sebenar ia ditubuhkan (iaitu) untuk mewakili kepentingan negeri, kaum minoriti serta kumpulan tertentu kerana tujuan mengadakan pilihan raya ialah sesiapa pun boleh bertanding,” katanya ketika dihubungi Getaran, hari ini.

Sekiranya mahu direalisasikan kerajaan, Nik Ahmad berkata, pilihan raya itu tidak boleh dengan sewenang-wenangnya memberi peluang kepada mana-mana individu untuk dicalonkan sebagai Ahli Senator.

“Pilihan raya untuk memilih Senator tidak boleh sebarang orang boleh bertanding. Ia perlu dilakukan dengan tujuan memilih individu selayaknya untuk mewakili sesuatu kepentingan kumpulan dan mempunyai kepakaran dalam pelbagai sektor yang mampu memberi idea dalam membangunkan negara serta kepentingan awam.

“Sebagai contoh, kalau keperluan untuk industri seni dan hiburan, calonnya mesti terdiri daripada mereka yang mempunyai kepakaran dalam bidang tersebut dan ada kekuatan dalam membangunkan kaum minoriti, termasuk masyarakat Orang Asli,” katanya.

Nik Ahmad turut bersetuju dengan persepsi sesetengah pihak bahawa institusi Dewan Negara hanyalah berperanan sebagai ‘rubber stamp’ dalam meluluskan undang-undang yang telah mendapat persetujuan daripada Parlimen.

Bagaimanapun, Ahli Majlis Profesor Negara (MPN) itu menegaskan, ia bergantung kepada isu berikutan ketika ini, Senator berperanan dalam memberikan pandangan dan idea untuk menambah baik segala peruntukan yang telah diluluskan oleh Ahli Parlimen.

Sesetengah pihak mempunyai persepsi bahawa institusi Dewan Negara hanyalah berperanan sebagai ‘rubber stamp’ dalam meluluskan undang-undang yang telah mendapat persetujuan daripada Parlimen - Gambar Fail
Sesetengah pihak mempunyai persepsi bahawa institusi Dewan Negara hanyalah berperanan sebagai ‘rubber stamp’ dalam meluluskan undang-undang yang telah mendapat persetujuan daripada Parlimen - Gambar Fail

“Walau ada lantikan Yang di-Pertuan Agong sehingga timbul persepsi bahawa Ahli Senator itu menyebelahi kerajaan semasa dan tidak memberi kritikan sewajarnya, namun kita lihat bahawa setiap perbahasan dilakukan di Dewan Negara mempunyai insentif yang begitu kuat serta pendapat menarik.

“Itu bermakna, bukanlah semuanya yang dibentangkan di Dewan Rakyat diterima oleh Senator secara sewenang-wenangnya, mereka juga mempunyai idea dan pandangan setiap undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen,” katanya.

Sementara itu, Penganalisis politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Jamaie Hamil berpandangan, pemilihan Senator melalui pilihan raya sukar dan rumit untuk dilaksanakan berikutan proses melalui pelantikan sudah pun menjadi budaya di negara ini.

“Kalau ikutkan amalannya, memang jawatan senator itu lebih tinggi daripada Dewan Rakyat sebab kedudukan mereka untuk mendengar idea dan meluluskan undang-undang daripada kementerian, namun di Malaysia, perkara itu tidak dimeriahkan kerana kita lebih mengutamakan Dewan rakyat.

“Parlimen adalah institusi tertinggi sedangkan Dewan Negara hanya sebagai endorsement (untuk) mendengar serta bersetuju apa yang telah dibuat, malah persidangannya itu dikatakan tidak memberikan aura seperti Dewan Rakyat,” katanya.

Sehubungan itu, Jamaie berkata, seharusnya kerajaan perpaduan ketika ini lebih mengutamakan cadangan dalam menstabilkan semula politik serta pemulihan ekonomi  berbanding melaksanakan kajian agar pilihan raya di kalangan Senator boleh dilaksanakan.

“Saya fikir dari segi demokrasi itu betul, cuma perumitannya itu terlalu banyak sekali kerana banyak pilihan raya yang terpaksa kita lakukan dan akan membazirkan wang, malah kerajaan terpaksa keluar peruntukan untuk adakan proses kempen dan sebagainya.

“Justeru, pada pandangan saya bukanlah suatu keutamaan kepada kerajaan sehingga ia hendak dibesarkan. Lebih baik stabilkan politik negara, dan pulihkan ekonomi rakyat daripada membuang masa membuat kajian untuk pilihan raya bagi memilih senator,” katanya.

Terdahulu, Koordinator Penyelidik Research for Social Advancement (REFSA), Fakhrurrazi Rashid meminta kerajaan meneliti kemungkinan pelaksanaan pemilihan Senator melalui pilihan raya, bagi mengangkat martabat institusi Dewan Negara sebagai dewan tertinggi dalam jangka masa panjang.

Menurut beliau, transformasi Dewan Negara mampu memperluas kuasa pengundi dalam memilih Senator yang boleh mewakili aspirasi mereka di Dewan Negara, khususnya berkaitan kepentingan negeri serta Sabah dan Sarawak.

Katanya, komitmen tersebut jika dilaksanakan secara berperingkat, mampu menggalakkan keyakinan rakyat terhadap institusi Dewan Negara yang masih dianggap ‘rubber stamp’ oleh sebahagian rakyat.

Fakhrurrazi berkata, usaha pelaksanaan pemilihan Senator tersebut selari dengan semangat Perlembagaan Persekutuan dan kedaulatan sistem demokrasi berparlimen yang menjadi denyut nadi rakyat Malaysia dalam mencapai kehidupan lebih baik, selain sebagai institusi membincangkan hala tuju negara.

Jelasnya, pelaksanaan Akta Perkhidmatan Parlimen 1963 perlu dilakukan dalam tempoh terdekat sebagai komitmen, bagi memastikan Parlimen mempunyai autonomi untuk menentukan perancangan dasar dan pentadbiran secara kendiri. - Getaran, 5 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

6 Bekas Ahli Parlimen BERSATU Jadi Wakil Rakyat Bebas

2

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Parti Buruh Britain Dijangka Menang Pilihan Raya

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Dewan Rakyat Rakam Takziah Kepada Keluarga Syed Husin

4

Politik 3 bulan yang lalu

‘Jangan Hipokrit, Bukankah Pemimpin PN Sendiri Luluskan BlackRock?’ - PM

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 7 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 13 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 7 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan