web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


UMNO Tidak ‘Pelahap’ Untuk Bersama DAP, ‘Kalau Bukan Kerana…’

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jan 2023 7:00AM

Mustapha Yaakub

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Hubungan antara UMNO bersama kerajaan perpaduan adalah atas nama Pakatan Harapan (PH) dan bukannya dengan DAP.

Veteran UMNO, Datuk Mustapha Yaakub berkata, kesediaan parti itu untuk bersama PH adalah demi menunaikan titah Yang di-Pertuan Agong susulan kegagalan gabungan tersebut menubuhkan kerajaan bersama Perikatan Nasional (PN).

Tegas beliau, UMNO tidak ‘pelahap’ untuk bersama dengan DAP kalau bukan kerana PH.

“Perlu diingatkan hubungan di antara UMNO dengan DAP dalam kerajaan perpaduan adalah atas nama PH dan bukannya dengan DAP.

“UMNO bersedia untuk jadi pembangkang tetapi memikirkan kepentingan rakyat dan negara,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, Dr P Ramasamy yang membayangkan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO sebagai ‘beban’ bukan hanya kepada parti itu, tetapi juga buat Pakatan Harapan (PH) dan Kerajaan Perpaduan.

Melalui satu hantaran dimuat naik di Facebook, beliau menegaskan keputusan dibuat melalui Persidangan Agung UMNO (PAU) 2022 yang meluluskan usul jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan pada pemilihan parti akan datang mungkin melegakan, tetapi kelihatannya seperti duri dalam daging kepada kerajaan diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ramasamy percaya usaha UMNO untuk berubah juga akan melalui jalan sukar selagi imej korupsi yang melingkarinya tidak dibersihkan.

Perkara itu, katanya, mungkin mendatangkan kesan kepada usaha parti serta kerajaan perpaduan untuk menarik sokongan khususnya dalam kalangan pengundi Melayu pada pilihan raya negeri (PRN) akan datang.

Ramasamy turut menegaskan bahawa UMNO yang sudah kehilangan sokongan Melayu lebih memerlukan sokongan PH berbanding sebaliknya, malah ia juga menjadi faktor yang memaksa parti itu bekerjasama dalam membentuk kerajaan perpaduan.

Dalam pada itu, mengulas lanjut Mustapha berkata, Ramasamy hanya berani bercakap sombong kerana beliau bertanding di Pulau Pinang dan menang dengan sokongan pengundi Cina.

“Veteran cabar Ramasamy supaya PRN kali ini dia keluar dari kawasan zon selamat pengundi Cina dan bertanding di kawasan pengundi India.

“Kita lihat siapa yang akan jadi beban pada PRN nanti. Nasihat saya kepada Ramasamy berhati-hatilah bila bercakap. Bercakap siang pandang-pandang, bercakap malam dengar-dengar,” katanya. - 18 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

DAP Ketandusan Pemimpin India

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Pengganti Chow Kon Yeow Di Pulau Pinang Jadi Tanda Tanya

3

Politik 2 bulan yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

4

Politik 2 bulan yang lalu

PRK Sungai Bakap: ‘Pengundi Muda Tolong Keluar Mengundi’ - PH

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 8 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 14 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula