web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


KJ Dipecat? Tunggu Keputusan MKT Esok - Zahid

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jan 2023 6:46PM

Ahmad Zahid Hamidi dilihat masih berteka-teki berhubung status keahlian mantan Ketua Pemudanya, Khairy Jamaluddin selepas secara terbuka mengkritik beberapa pemimpin parti itu. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilihat masih berteka-teki berhubung status keahlian mantan Ketua Pemudanya, Khairy Jamaluddin selepas secara terbuka mengkritik beberapa pemimpin parti itu.

Beliau berkata, perkara itu akan diputuskan selepas mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang dijadualkan berlangsung, malam esok.

“Kena tunggu (status pemecatan Khairy) apabila MKT mengadakan mesyuarat.

“Untuk (pecat) dia secara individu tidak penting, tetapi kita akan lakukan pembersihan secara besar-besaran,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat MEXCLUB di Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid memberi bayangan terdapat beberapa lagi pemimpin UMNO akan dipecat selain Khairy bagi memastikan parti terus kekal relevan dan kembali meraih sokongan rakyat.
Bagaimanapun, walaupun diasak media, Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu mengambil pendekatan mengunci mulut mengenai nama pemimpin yang bakal disingkir daripada UMNO.

“Saya kata dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU), kita akan lakukan pembersihan secara besar-besaran termasuk mereka yang mensabotaj parti dan calon pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dan mungkin termasuk orang yang menembak kaki sendiri ketika PRU diadakan.

“Bila besar-besaran maknanya adalah. Insya-Allah, siapa yang terasa dan belum terasa kita akan putuskan nanti. (Namun) saya tak boleh beritahu awal-awal, saya kena embargo (tidak boleh dedahkan) semua maklumat sehingga waktu sesuai,” katanya.

Sehubungan itu, Ahmad Zahid menjemput media untuk menghadiri mesyuarat MKT UMNO esok bagi mengetahui pemimpin UMNO yang akan dipecat daripada parti.
“Sila datang beramai-ramai kalau nak mengetahui senarai mereka yang terlibat,” katanya.

Beberapa laporan sebelum ini menyebut mesyuarat MKT UMNO dalam mesyuaratnya semalam akan membincangkan mengenai pemecatan Khairy kerana dikatakan melanggar ketetapan parti. 

Perkara itu bagaimanapun dinafikan Setiausaha Agung, Datuk Seri Ahmad Maslan yang menjelaskan tiada mesyuarat MKT UMNO berlangsung semalam.

Khairy sebelum ini secara terbuka 'mengkritik' beberapa pemimpin UMNO, selain lantang bersuara supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden parti dipertandingkan bagi memastikan amalan demokrasi dalam parti tidak terkubur. 

Sebelum ini, Ahmad Zahid turut menyerahkan kepada lembaga disiplin untuk mengambil tindakan terhadap Khairy yang mendakwa wujudnya komplot ‘Langkah Dewan Merdeka’ pada PAU, 14 Januari lalu.

Beliau berkata, sebagai sebuah parti berstruktur, tindakan mengikut peraturan atau Perlembagaan parti itu perlu walaupun secara asasnya perbuatan tersebut boleh mengakibatkan tindakan disiplin diambil seperti digantung keahlian atau dipecat. - Getaran, 26 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

TPM Ziarah Jenazah Rozaid Abdul Rahman

2

Politik 2 bulan yang lalu

‘Tak Mungkin Ada Kerjasama Antara PAS Dan UMNO’ - Ahmad Zahid

3

Politik 2 bulan yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

4

Semasa 3 bulan yang lalu

‘Genosid Dah Ada Sejak Berpuluh Tahun Wahai KJ’ - Netizen

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 11 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 12 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 17 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula