web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PRN Terengganu: Rundingan Agihan Kerusi PH-BN Dalam Masa Terdekat

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Feb 2023 9:13PM

Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Rundingan agihan kerusi antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) Terengganu bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) dijangka diadakan dalam masa terdekat.

Pengerusi PH Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad mengesahkan setakat ini, tiada rundingan secara rasmi dilakukan melibatkan kedua-dua gabungan tersebut.

“Secara dasarnya, wujud persefahaman di antara PH dan BN namun rundingan kerusi secara rasmi masih belum berlaku dan dijangka diadakan dalam masa terdekat. 

“Namun, segala keputusan berkaitan agihan hanya akan diumumnya setelah keputusan akhir dicapai antara kedua belah parti,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini. 

Mengulas lanjut, Raja Kamarul Bahrin yang juga Pengerusi AMANAH Terengganu berkata, pihaknya sedar bahawa BN memiliki lebih banyak kelebihan berbanding PH kerana mempunyai pengalaman lama dan pengaruh yang luas di Terengganu. 

“Berdepan PRN yang boleh diadakan pada bila-bila masa, sememangnya satu kerjasama antara BN dan PH adalah penting bagi memungkinkan berlakunya peralihan kuasa dari PAS kepada kerajaan perpaduan.

“Kita bersedia dan terbuka kepada perbincangan bagi memastikan kerajaan perpaduan dapat dibentuk di peringkat negeri Terengganu,” katanya. 

Semalam, Raja Kamarul Bahrin dilaporkan berkata, PH Terengganu bersetuju menyerahkan lebih banyak kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk ditandingi calon BN bagi menghadapi PRN akan datang.

Katanya, pemimpin utama parti gabungan PH termasuk PKR dan DAP bersetuju dan akur jika BN meminta lebih banyak kerusi pada PRN akan datang.

Ketika mengulas peluang PH dan BN memenangi kerusi sekali gus menubuhkan kerajaan, Raja Kamarul Bahrin berkata, Terengganu adalah medan pertempuran sengit setiap kali pilihan raya diadakan.

Sebelum ini, enam negeri yang tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) lalu akan mengadakan PRN iaitu Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

PAS membayangkan PRN di enam negeri berkenaan dijangka diadakan pada Mac atau Ogos depan.

Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, ada beberapa cadangan tarikh sudah dibuat, tetapi belum diputuskan pucuk pimpinan tertinggi parti itu. - Getaran, 6 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

Petisyen Pilihan Raya 4 Kerusi Dikemukakan Dalam Masa Terdekat - MB Selangor

2

Politik 1 tahun yang lalu

Keputusan, Penyata Pengundian PRN, PRK Kuala Terengganu Sudah Diwartakan - SPR

3

Politik 1 tahun yang lalu

Sabar, Istiqamah Jalankan Tugas Sementara Tunggu 'Post Mortem' PRN - Fahmi

4

Politik 1 tahun yang lalu

Bakal Menghadap Sultan Petang Ini, Amirudin Kekal MB Selangor?

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 19 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 13 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok