web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Keputusan Pemilihan UMNO Bukti Sokongan Padu Kepada Kerajaan Perpaduan - Zahid

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Mar 2023 7:08AM

Dr Ahmad Zahid Hamidi turut mengulangi bahawa UMNO kini bersatu dalam komitmen untuk mewujudkan kerajaan yang stabil - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Hasil keputusan pemilihan UMNO diumumkan semalam menunjukkan, ahli akar umbi parti itu berdiri teguh bersama pemimpin dalam menyokong Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau turut mengulangi bahawa parti itu kini bersatu dalam komitmen untuk mewujudkan kerajaan yang stabil.

“Pemilihan UMNO baru-baru ini menunjukkan ahli akar umbi mahukan pemimpin negara yang menyokong Kerajaan Perpaduan.

“Lebih 160,000 ahli menyertai pengundian dan keputusan itu juga membuktikan, usaha pihak luar untuk memecahbelahkan parti tidak berjaya.

“Ini jelas menunjukkan ahli akar umbi mahu pentadbiran negara, bersama-sama Barisan Nasional (BN) dan parti dari Sabah dan Sarawak diteruskan di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Sekretariat Kali Ke-2 Kerajaan Perpaduan di Ibu Pejabat UMNO di Menara Dato’ Onn di sini, malam tadi.

Keputusan pemilihan UMNO yang diumumkan hari ini, menyaksikan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail; Ketua UMNO Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Ketua UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Johari Abdul Ghani memenangi kerusi tiga Naib Presiden.

Selain itu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz; Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan Ketua Penerangan UMNO, Isham Jalil tersenarai antara 25 ahli Majlis Kerja Tertinggi parti berkenaan.

Mengikut keputusan rasmi pemilihan parti, ahli MKT lain termasuk Setiausaha Agung UMNO dan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan; Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah,; Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin serta mantan Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) dan bekas Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

Keputusan itu disahkan Pengerusi jawatankuasa pemilihan parti, Tan Sri Shahrir Abdul Samad selepas proses pengundian membabitkan 187 bahagian diadakan semalam, seperti dilaporkan UMNO Online.

Ahli MKT yang baru dipilih akan berkhidmat dalam kapasiti jawatan itu untuk sesi 2023 hingga 2026. – The Vibes, 20 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

2

Politik 3 bulan yang lalu

Calon Kerajaan Perpaduan Untuk PRK Sungai Bakap Diumum Minggu Depan - PM

3

Politik 5 bulan yang lalu

Zahid harap MCA Berubah Hati, Bantu Kempen PRK Kuala Kubu Bharu

4

Politik 5 bulan yang lalu

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 17 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 9 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah