web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ahmad Zahid Harus Utamakan Parti Komponen Dalam BN, Bukan DAP – MCA

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 May 2023 1:00PM

Chong Sin Woon - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – MCA mengingatkan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi agar meletakkan kepentingan parti komponen dalam BN, bukannya mengutamakan Pakatan Harapan (PH), terutama DAP.

Peringatan itu dibuat Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon yang menegaskan supaya Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO perlu berpegang kepada prinsip, selain berhati-hati dalam hal berkaitan kerjasama antara kedua-dua gabungan dalam kerajaan Perpaduan itu.

“Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dinasihatkan agar berpegang kepada prinsip dan berhati-hati dalam segala perkara berkaitan hubungan atau kerjasama antara BN dan PH.

“Perlu diingatkan bahawa sebagai Pengerusi BN, beliau haruslah menjaga kepentingan dan mengutamakan parti-parti komponen dalam BN, bukannya mengutamakan PH terutamanya DAP,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Jelas beliau lagi, kerjasama antara BN dan PH perlulah ada timbal balas dan menguntungkan kedua-dua pihak.

Mengenai pendirian dan pandangan daripada MCA, Sin Woon menegaskan biarlah pemimpin parti itu sahaja, khususnya Presiden parti, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong yang mengeluarkan kenyataan.

Katanya, pihak lain tidak perlu mengeluarkan kenyataan kononnya mewakili parti itu.

“Ditegaskan juga bahawa apa jua pendirian dan pandangan oleh Parti MCA mestilah dikeluarkan oleh pemimpin MCA, khususnya Presiden MCA sendiri, bukannya pihak lain,” katanya. – Getaran, 22 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

DAP Ketandusan Pemimpin India

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Pengganti Chow Kon Yeow Di Pulau Pinang Jadi Tanda Tanya

3

Semasa 1 bulan yang lalu

TPM Ziarah Jenazah Rozaid Abdul Rahman

4

Politik 2 bulan yang lalu

‘Tak Mungkin Ada Kerjasama Antara PAS Dan UMNO’ - Ahmad Zahid

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 53 minit yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 58 minit yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 23 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi