web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Blueprint Tanpa Tindakan Hanya Halusinasi UMNO - Hasni

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jun 2023 10:44AM

Hasni Mohammad - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR — Mantan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad menyifatkan kenyataan Timbalan Presiden parti, Datuk Seri Mohamad Hassan terhadap  blueprint untuk kekal relevan sebagai ‘mimpi di siang hari’.

Beliau menegaskan, pelan tindakan terbabit tidak bermakna sekiranya visi UMNO gagal disusuli tindakan sewajarnya.

“Vision without action is hallucination (visi tanpa tindakan adalah halusinasi),” katanya menerusi hantaran di Instastory, hari ini. 

Status itu sebagai respon kepada tangkap layar laporan media yang memetik kenyataan Mohamad ketika merasmikan perhimpunan tiga sayap UMNO semalam.

Mohamad dalam ucapannya dipetik sebagai berkata, UMNO perlu memiliki solusi jika parti berikenaan mahu terus relevan.

Instastory Hasni itu kemudian diulang siar oleh mantan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, dan mantan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.

Berbanding Hishammuddin yang sekadar mengulang siar Instastory Hasni itu tanpa sebarang komen, Khairy pula memilih untuk meletakkan pelekat bertulis ‘Boom’ pada hantaran berkenaan.

Terdahulu, Mohamad pada perasmian Perhimpunan Agung sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO 2023 (PAU2023) semalam mahu generasi baharu parti itu mempunyai agenda Melayu yang lebih tuntas seiring zaman.

Menurut beliau, jika UMNO ingin kekal relevan, parti tunjang Melayu itu perlu mewujudkan pelan tindakan baharu yang mengutamakan agenda khusus untuk kaum berkenaan. 

Sementara itu, Hasni juga dilihat mengadakan pertemuan bersama Hishammuddin dan Khairy, yang mencetuskan pelbagai tanda tanya.

Pertemuan itu dikongsikan Hishammuddin yang juga Ahli Parlimen Sembrong menerusi hantaran di Facebook.

Mantan Menteri Pertahanan itu turut menimbulkan tanda tanya umum apabila memuat naik status mengenai langkah seterusnya di Facebook.

“What’s next?,” katanya menerusi status itu.

Isnin lalu, Hishammuddin yang kini digantung enam tahun mengadakan pertemuan dengan rakan seperjuangannya dalam politik iaitu mantan Pengerusi Perhubungan UMNO, Tan Sri Noh Omar.

Noh sebelum ini dikatakan akan menyertai Perikatan Nasional (PN) setelah dipecat UMNO. – Getaran, 9 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

2

Politik 5 bulan yang lalu

Zahid harap MCA Berubah Hati, Bantu Kempen PRK Kuala Kubu Bharu

3

Politik 6 bulan yang lalu

BN Hormati Kerusi DUN Milik Rakan Dalam Kerajaan Perpaduan, Sokong Bakal Calon

4

Semasa 7 bulan yang lalu

UMNO Tetap Dapatkan Pembelaan Untuk Najib, Harap PM Beri Kerjasama - Ahmad

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 9 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 8 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah