web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kalih Bagi Sama Bukan Kempen Songsang, Hak Parti Untuk Berkempen - Mahdzir

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jun 2023 11:36AM

Jelas Mahdzir Khalid, kempen tersebut adalah sebahagian daripada inisiatif digerakkan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH), dalam usaha merampas Kedah dari tangan Perikatan Nasional (PN)

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tidak ada sebarang unsur songsang yang melatari kempen ‘Kalih Bagi Sama’, tegas Pengerusi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Jelas beliau, kempen tersebut adalah sebahagian daripada inisiatif digerakkan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH), dalam usaha merampas Kedah dari tangan Perikatan Nasional (PN).

Katanya, kempen itu juga tidak melanggar amalan demokrasi di negara ini.

“Di mana songsangnya kempen 'Kalih Bagi Sama'?

“Istilah songsang tak ada apabila tiba kempen pilihan raya. Kita guna ‘Kalih Bagi Sama’ kerana ia adalah hak parti untuk berkempen. Kita tawarkan kepada rakyat Kedah jika undi BN dan PH, makna sama undi kerajaan di Persekutuan,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Khas UMNO Kedah di Alor Setar, lewat malam tadi.

Mahdzir berkata, kempen itu juga adalah tawaran diberikan BN dan PH kepada rakyat Kedah yang mahu melihat pentadbiran negeri dan Persekutuan selari.

“Hala tuju yang sama memungkinkan lebih banyak pembangunan dapat dibawa ke negeri Kedah, demi manfaat rakyat “ katanya.

Kempen ‘Kalih Bagi Sama’ baru-baru ini menerima kecaman Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang mendakwa, ia adalah perbuatan songsang dan bertentangan amalan demokrasi di negara ini.

Mengulas mengenai manifesto yang akan digunakan gabungan BN-PH sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang, Mahdzir berkata, tawaran itu akan merangkumi pelbagai aspek demi memastikan kesejahteraan rakyat diutamakan.

Katanya, semua tawaran tersebut akan dimuktamadkan BN serta PH dalam tempoh terdekat ini, dan diyakini mampu memberi keyakinan kepada pengundi dalam membuat pilihan.

“Antara intipati manifesto yang dibincangkan adalah tawaran kepada wanita serta golongan belia, selain aspek kesejahteraan rakyat membabitkan sektor ekonomi, pertanian, pendidikan dan sukan.

“Kita akan bawa tawaran ini untuk diputuskan BN dan PH minggu depan. Jika kedua-dua pihak terima, maka kita akan bentangkan kepada rakyat pada PRN kali ini,” katanya.

Mengulas mengenai pembahagian kerusi antara kedua-dua pihak, beliau memaklumkan proses rundingan kini berada di peringkat akhir  dan bakal dimuktamadkan pada kadar segera. 

“Pembahagian kerusi sudah masuk pusingan akhir, cuma ada dua kerusi berlaku pertindihan dan kita serah pada Pusat untuk menentukan siapa yang bakal bertanding. Bagi kerusi lain, kita sudah capai persefahaman.

“Pembahagian di setiap kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) menyaksikan BN dan PH ada wakil di setiap kawasan Parlimen. Ini bagi menunjukkan semangat perpaduan antara kita pada PRN ini,” katanya. - Getaran, 17 Jun 2023

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 19 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 21 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang