web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PN Optimis Berhasil Lakar Kejayaan Meskipun Dianggap 'Underdog' - Muhyiddin

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jun 2023 7:30AM

Muhyiddin Yassin berkata, kejayaan bukan sesuatu yang mustahil walaupun gabungan berkenaan berdepan pelbagai kekangan dan tekanan - Gambar Facebook Muhyiddin Yassin

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perikatan Nasional (PN) optimis blok tersebut berhasil mencapai kejayaan meskipun dianggap sebagai ‘underdog’.

Pengerus PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kejayaan bukan sesuatu yang mustahil walaupun gabungan berkenaan berdepan pelbagai kekangan dan tekanan.

Menurut beliau, PN akan beroleh kejayaan jika ia berlandaskan kerja keras, istiqamah dan tawakal kepada Allah SWT.

“Ketika ini negara sedang berhadapan dengan krisis kepimpinan dan ekonomi yang cukup kritikal.

“Kepimpinan negara di bawah kerajaan campuran Pakatan Harapan (PH) - UMNO jelas tidak ada hala tuju dalam memacu ekonomi keluar daripada krisis,” katanya menerusi hantaran di Facebook lewat malam tadi.

Jelas mantan Perdana Menteri itu, sambutan hangat diterima ketika merasmikan Konvensyen PN Pulau Pinang membuktikan bahawa jentera gabungan sudah bersedia menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN).

“Saya gembira melihat semangat dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh kepimpinan dan ahli PN negeri ini menjelang PRN tidak lama lagi.

“Marilah kita perkemaskan gerak kerja dan strategi parti di semua peringkat, bekerja dan terus bekerja bagi memastikan kejayaan PN,” katanya.

Muhyiddin berkata, rakyat terus bergelut dengan kos sara hidup yang membebankan dengan harga barang keperluan asas terus meningkat dari sehari ke sehari.

“Rakyat tertunggu-tunggu apa tindakan kerajaan sehingga mereka mengeluh, walaupun baru enam bulan, seksanya ibarat enam tahun!

“Saya percaya kekecewaan rakyat akan diterjemahkan dalam kertas undi dengan memilih kembali PN yang terbukti membela nasib rakyat ketika krisis kesihatan tidak lama dulu,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pagoh berkata, keputusan PRN nanti diyakini akan membuka jalan kepada PN untuk kembali menerajui semula negara. 

“Tahniah kepada PN Pulau Pinang di atas kejayaan penganjuran konvensyen ini yang menjadi platform kepada parti untuk menyusun langkah, bagi mencapai kemenangan dalam PRN di negeri ini dan negeri-negeri lain,” katanya. - Getaran, 18 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 6 bulan yang lalu

Dulu Kecam Coldplay, Sekarang Sokong Taylor Swift; Apa Sebenarnya PN Mahu?

2

Politik 11 bulan yang lalu

PRK DUN Pelangai: 16,456 Pengundi Tunai Tanggungjawab Esok

3

Politik 11 bulan yang lalu

'Mengata Dulang Paku Serpih', PN Kempen Di Masjid Boleh Pulak? - Netizen

4

Politik 1 tahun yang lalu

PRK: Saingan 3 Penjuru Di Pelangai Antara BN, PN, Bebas

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 21 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 21 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini