web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PAS Sepatutnya Bawa Akhlak Yang Baik, Bukan Menyebar Fitnah - Mohammad Agus

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 01 Jul 2023 8:06PM

Mohammad Agus berkata PAS sebagai sebuah parti berteraskan Islam seharusnya membawa akhlak yang baik dan tidak terjebak dengan sebarang aktiviti negatif. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - PAS sebagai sebuah parti berteraskan Islam seharusnya membawa akhlak yang baik, dan tidak terjebak dengan sebarang aktiviti negatif, termasuk menyebar fitnah.

Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohammad Agus Yusoff berkata, kempen pilihan raya yang diwarnai pelbagai unsur negatif termasuk perkauman, kebencian dan penghinaan jelas bercanggah dengan nilai Islam.

Menurut beliau, banyak isu boleh diketengahkan secara murni oleh PAS bagi menambat hati pengundi, khususnya perkara yang menyentuh kepentingan rakyat.

“Berkempenlah untuk memajukan negara, menaikkan ekonomi dan matawang yang jatuh teruk, bagaimana hendak menarik pelabur asing, dan menurunkan harga barang. Itu lebih baik kerana menyentuh kepentingan semua rakyat. 

“Kerja ulama menyeru orang supaya beriman, jauh dari mungkar, buat kebaikan. Tunjukkan contoh kepada bangsa lain dengan akhlak yang baik supaya Islam dipuji dan dihormati,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Mohammad Agus Yusoff
Mohammad Agus Yusoff

Jelas Muhammad Agus, budaya politik fitnah perlu dihentikan demi masa depan generasi akan datang, dan fokus harus diberikan kepada usaha membina Malaysia yang lebih baik.

“Cara terbaiknya ialah menjadi masyarakat Madani dengan mengangkat wacana, idea, polisi dan dasar, bukan serangan peribadi dan pembunuhan karakter. 

“Jika hendak maju, kita perlu ada semangat perpaduan, kesatuan dan kerjasama, bukan sahaja sesama umat Islam, bahkan antara rakyat berlainan kaum dan agama,” katanya.

Tegas beliau, pilihan raya adalah proses yang berkisar kepada pemilihan pemimpin, bagi memastikan Malaysia gemilang di pentas dunia, sekali gus memulihkan kemelut ekonomi negara.

“Pilihan raya adalah berkaitan dengan persaingan idea dan dasar, namun yang berlaku adalah sebaliknya, semakin berleluasanya fitnah dan penyebaran maklumat palsu,” katanya.

Muhammad Agus memberi amaran, penyebaran maklumat palsu adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 233 (1), Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, dan pelaku boleh didenda sehingga RM50,000 atau dipenjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

“Pengguna internet di Malaysia dianggarkan kira-kira 20 juta dengan 62 peratus mengguna media sosial dengan purata hampir lima jam sehari. 

“Ini menunjukkan isu yang tersebar di Internet akan merebak kepada hampir 200,000 orang hanya dalam masa satu jam sahaja,” katanya.

Kecepatan itu tambahnya, pasti memberi impak kepada keselamatan negara dan keharmonian masyarakat.

“Parti yang kerap difitnah ialah Pakatan Harapan - Barisan Nasional (PH-BN) dengan tujuan menakutkan rakyat supaya tidak menyokong kerajaan perpaduan sekarang.

“DAP misalnya difitnah atas dakwaan parti ini mengancam kedudukan Melayu-Islam., malah dituduh hendak menukar Malaysia menjadi republik, menghapuskan raja berperlembagaan dan Islam sebagai agama rasmi,” katanya.

Parti sama ujarnya, dituduh melarang laungan azan, menghentikan tilawah al-Quran, membenarkan anak hak mutlak memilih agama selepas 18 tahun, memansuhkan subjek agama Islam di sekolah, membubarkan MARA, mahkamah syariah dan Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) serta menyokong komunis dan LGBT.

“Berleluasakah fitnah politik ini? Lihat sahaja contoh ini. Pada 10 Februari, Pesuruhjaya PAS Perak memohon maaf kepada PMX (Perdana Menteri) kerana menuduh beliau membawa agenda songsang LGBT dan menyokong agenda komunis.

“Pada 25 Jun 2023, PMX yang bergurau meminta nombor telefon pelajar tingkatan 6 yang bertanyakan soalan tentang ekonomi pun turut difitnah, sedangkan beliau hanya bergurau di depan ribuan hadirin, bukannya berWhatApps senyap-senyap sambil menghantar foto lucah. Tetapi kerana tiada isu, gurauan pun PN (Perikatan Nasional) jadikan isu,” sindirnya. - Getaran, 1 Julai 2023

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 21 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 23 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka