web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


UMNO Kedah Optimis Semangat Parti Ahli Masih Utuh - Mahdzir

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jul 2023 8:30PM

Mahdzir Khalid

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - UMNO Kedah optimis semangat parti itu masih tebal dalam diri ahli akar umbi, walaupun diasak dengan serangan bertubi-tubi pihak pembangkang.

Menzahirkan keyakinan itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, beliau pasti Kerajaan Perpaduan akan beroleh sokongan padu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Menurut beliau, sokongan pengundi yang beralih arah sebelum ini pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) adalah disebabkan oleh pengaruh Perikatan Nasional (PN) ketika itu.

Mahdzir ketika menghadiri sidang media selepas Majlis Taklimat Pilihan Raya Negeri Kedah dan Penyerahan KPI DUN Bersama Pengarah Koordinasi Pilihan Raya UMNO Malaysia, Reezal Merican di Alor Setar, hari ini. - Gambar Facebook
Mahdzir ketika menghadiri sidang media selepas Majlis Taklimat Pilihan Raya Negeri Kedah dan Penyerahan KPI DUN Bersama Pengarah Koordinasi Pilihan Raya UMNO Malaysia, Reezal Merican di Alor Setar, hari ini. - Gambar Facebook

“Tapi kini, sokongan untuk PN semakin reda. Ahli UMNO masih lagi kekal dengan semangat parti. Kalau tengok kepada jumlah undi yang ada itu, maknanya kita tetap ada deposit daripada situ.

“Cumanya waktu itu (PRU-15) ada persepsi menyebabkan ada yang beralih angin, tetapi ia hanya bersifat sementara sahaja,” katanya.

Mahdzir menyatakan demikian pada sidang media selepas Majlis Taklimat Pilihan Raya Negeri Kedah dan Penyerahan KPI Dewan Undangan Negeri (DUN) Bersama Pengarah Koordinasi Pilihan Raya UMNO Malaysia, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican di Alor Setar, hari ini.

Mahdzir yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri Kedah berkata, sokongan pengundi yang hilang sebelum ini juga diyakini bakal berpatah semula kepada Barisan Nasional (BN) - Pakatan Harapan (PH).

"Mereka akan berpatah balik cuma sebesar mana jumlah yang patah balik itu hanya pengundi tahu," katanya.

Tambah beliau, pemerhatian pihaknya mendapati, peralihan sokongan itu sudah pun bermula setelah berakhirnya PRU15.

"Lagipun rakyat Kedah sudah cerdik. Bukan orang tertentu sahaja cerdik, rakyat pun cerdik jadi kita beri peluang kepada rakyat,” katanya.

Reezal Merican Naina Merican - Gambar Facebook
Reezal Merican Naina Merican - Gambar Facebook

Dalam perkembangan berkaitan, Reezal Merican berkata, pola pengundian pada PRN kali ini diyakini mengalami perubahan, bertujuan untuk memperkemaskan pentadbiran.

"Semasa PRU-15, semua orang berlumba-lumba membentuk kerajaan Persekutuan tetapi kini kedudukan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri masih utuh. Tidak kira apa yang berlaku (dalam pilihan raya negeri) kerajaan Persekutuan (akan) kekal.

“Jadi, rakyat sedar keperluan untuk mengharmonikan kerajaan negeri dan Persekutuan. Ini mungkin satu pertimbangan yang akan diambil kira oleh pengundi pada pilihan raya negeri," katanya. - Getaran, 3 Julai 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

2

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

3

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

4

Semasa 1 bulan yang lalu

2 Mayat Wanita Ditemui Dalam Longkang, Mangsa Miliki Pertalian Keluarga

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 23 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad