web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ahmad Zahid Yakin MCA, MIC Kekal Bersama BN Biarpun ‘Dilamar’ Parti Lain

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jul 2023 6:06PM

Ahmad Zahid Hamidi - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin MCA dan MIC akan terus kekal bersama BN biarpun mendapat ‘lamaran’ untuk bersama parti lain pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata parti yang membuat ‘lamaran’ berkenaan, memang sering mengambil kesempatan setiap kali tiba pilihan raya termasuk Pilihan Raya Kecil (PRK) atau Pilihan Raya Umum (PRU).

“Apabila ada PRK dan PRN lebih-lebih lagi PRU, terus-terusan tawaran-tawaran ini akan dilakukan mereka, tetapi saya yakin, MCA dan MIC akan tetap bersama dengan BN,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perasmian Minggu Usahawan Negara dan Minggu Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) Peringkat Kebangsaan 2023 di Dataran Merdeka hari ini. 

Ahmad Zahid berkata demikian ketika ditanya berhubung tindakan Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang mempelawa MCA serta MIC bekerjasama pada PRN nanti dan meninggalkan BN. 

Ditanya mengenai keputusan bekas Timbalan Ketua UMNO Putrajaya Datuk Tun Faisal Ismail Aziz menjadi ahli Bersatu semalam, Ahmad Zahid mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau dan menegaskan UMNO dan BN hanya memerlukan pemimpin yang setia. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

‘Tahniah Pihak Yang Buat Ugutan, Hasrat Anda Sudah Tertunai’ - T Mohan

2

Politik 4 bulan yang lalu

Tubuh Jawatankuasa Pantau Janji PRK, Elak Retorik Lama - Santhara

3

Politik 4 bulan yang lalu

Pengundi India Tetap Akan Sokong PH Walaupun Kecewa - Sivarraajh

4

Politik 5 bulan yang lalu

Zahid harap MCA Berubah Hati, Bantu Kempen PRK Kuala Kubu Bharu

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 14 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 22 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka