web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


‘Saya Mahu Basmi Kemiskinan, Ini Bukan Cakap Kosong’ - Thiban

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jul 2023 8:48AM

Thiban Subramaniam (kiri) sebaik sah diumumkan sebagai calon DUN Bukit Melawati semalam

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR — Agenda membasmi kemiskinan dan menerusian usaha merapatkan jurang sosioekonomi antara penduduk menjadi misi yang bakal digalas calon Pakatan Harapan (PH) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Melawati, Thiban Subramaniam.

Berusia 35 tahun, Ahli Majlis Pimpinan Negeri PKR Selangor itu juga nekad untuk mengubah status DUN berkenaan yang terletak dalam daerah kedua termiskin di negeri tersebut.

Bercakap kepada Getaran ketika dihubungi, Thiban memberitahu, semua misi itu akan diseiringkan dengan usaha merancakkan sektor pelancongan, bagi menjana pendapatan yang lebih banyak buat DUN Bukit Melawati.

“Fokus utama saya sebaik diberitahu bakal disenaraikan sebagai calon ialah menamatkan status miskin penduduk setempat, dan merapatkan jurang pendapatan antara mereka.

“Mungkin ramai tidak menyedari, DUN Bukit Melawati berada di bawah daerah kedua termiskin Selangor iaitu Kuala Selangor,” katanya.

Tegas beliau, senario itu tidak seharusnya terjadi kerana Kuala Selangor amat kaya dengan pelbagai khazanah pelancongan domestik.

“Ini bukan cuma cakap kosong, penduduk di sini tahu apa yang telah saya lakukan untuk membantu keluarga miskin.

“Ada lebih 100 keluarga miskin telah dibantu setakat ini dan usaha tersebut tidak akan dihentikan. Ada pelbagai inisiatif yang sudah disusun dan bakal dilaksanakan secara sistematik,” katanya.

Thiban Subramaniam (tengah) menjadikan misi membasmi kemiskinan sebagai antara agenda utama
Thiban Subramaniam (tengah) menjadikan misi membasmi kemiskinan sebagai antara agenda utama

Jelas pegawai khas Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli itu, pengalaman sebagaiAhli Majlis Perbandaran Kuala Selangor akan digunakan sebaiknya untuk menggerakkan semua perancangan yang telah disusun.

“Saya juga berpengalaman mengendalikan Unit SITHAM di bawah Dewan Negeri Selangor. Semua pengalaman ini amat berguna dalam menjayakan semua objektif digariskan,” katanya.

Sekadar info, Sitham atau Selangor Inthiyar Tholil Arvalar Maiyam membawa maksud Pusat Pembangunan Usahawan India Selangor (PPUIS).

Penjenamaan semula PPUIS sebagai SITHAM jelas Thiban, membawa maksud sifat keazaman (determination/will) yang kukuh dan perlu ada dalam diri seorang usahawan.

“Peranan Unit SITHAM ini menbawa erti yang besar untuk rakyat setempat, khususnya komuniti India.

“Kerana itu adalah penting untuk memastikan Selangor kekal ditadbir Kerajaan Perpaduan bagi meneruskan kelangsungan unit tersebut ke tahap lebih tinggi,” katanya.

Pada Hari Pencalonan semalam, Thiban disahkan sebagai calon Pakatan Harapan (PH), menggantikan penyandang, Juwairiya Zulkifli yang bertukar angin ke Hulu Kelang.

Juwairiya Zulkifli bakal dicabar bekas gurunya, Mohamed Azmin Ali di DUN Hulu Kelang - gambar Mohd Hazli Hassan
Juwairiya Zulkifli bakal dicabar bekas gurunya, Mohamed Azmin Ali di DUN Hulu Kelang - gambar Mohd Hazli Hassan

Beliau bakal ditentang calon Perikatan Nasional (PN), Noorazley Yahya yang mewakili BERSATU.

Juwairiya pula diramalkan berdepan pertarungan sengit kerana perlu bertemu ‘gurunya’, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang juga penyandang kerusi DUN Bukit Antarabangsa.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) November lalu, Mohamed Azmin tewas di tangan Datuk Seri Amirudin Shari dalam perebutan kerusi Parlimen Gombak. - Getaran, 30 Julai 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

PM, Isteri Mengundi Di SK Penanti

2

Politik 1 tahun yang lalu

Altimet Penat, Mahu Tidur Selepas Semua Selesai 

3

Politik 1 tahun yang lalu

Amirudin, Isteri Antara Individu Terawal Tunai Tanggungjawab Mengundi

4

TARA 1 tahun yang lalu

Jom Tayang Jari Berdakwat Biru, Rebut 10 Tawaran F&B Sempena PRN

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 14 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 22 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 15 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang